Semua penjawat awam (termasuk menteri) & swasta yang sedang menjalankan tugasan rasmi dan dibayar gaji atas kerja itu, TIDAK BOLEH lagi untuk mereka mengambil apa-apa HADIAH, DERMA, SEDEQAH oleh pelanggan atau orang ramai yang DISEBABKAN jawatan yang dipegangnya. Hatta sekiranya pemberi menyatakan dia Ikhlas, ia tetap masih lagi HARAM hukumnya di dalam Islam, berdalil antaranya:-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
من استعملناه على عملٍ فرزقناه رزقًا فما أخذ بعد ذلك فهو غلولٌ
” Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (atau ghalul = pengkhianatan & curi) ” (Hadith Riwayat Abu Daud, no 2943, ِAl-Zahabi : Isnad Soleh, Abu Daud : Soleh; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
فيأتي فيقولُ : هذا مالُكم وهذا هديةٌ أُهدِيَتْ لي، أفلا جلَس في بيتِ أبيه وأمِّه حتى تأتيَه هديتُه،
“ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :” Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)” (Al-Bukhari & Muslim )
فيأتي فيقولُ : هذا مالُكم وهذا هديةٌ أُهدِيَتْ لي، أفلا جلَس في بيتِ أبيه وأمِّه حتى تأتيَه هديتُه،
“ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :” Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)” (Al-Bukhari & Muslim )
Beringatlah semua penjawat dan pemegang kuasa bagi menguruskan urusan awam, sebarang hadiah yang diterima adalah DOSA dan TIADA BERKAT pada harta tersebut. Jika dimakan, hilanglah BERKAT, hampirlah kepada asbab ke Neraka.
Ini kerana larangan dalam hal ehwal muamalat dipegang pada ‘illahnya, maka larangan tersebut dihuraikan ulama adalah atas sebab utama berikut :-
1. Elak Rasuah: Bagi mengelak berlakunya rasuah dan pemilikan harta disebabkan bodek kerana menginginkan suatu BALASAN manfaat dari penjawat awam dan swasta terbabit, seperti meluluskan projek yang dipohonnya, memudahkannya mendapat kelebihan oleh pihak penguasa dan seumpamanya. Maka hasil dari derma, sedeqah atau hadiah terbabit akan mempengaruhi penguasa memberikan sesuatu manfaat dan kelulusan kepada yang tidak berhak serta tidak langsung menafikan yang berhak khususnya apabila ia melibatkan kuota jumlah tertentu sahaja. Ini adalah berdasarkan kefahaman dari hadis berkaitan hal ini dan rasuah.
2. Elak Ketidakadilan dan mengelakkan pecah amanah di kalangan penguasa: Bagi mengelakkan tidak amanahnya penjawat yang eksploitasi kedudukannya untuk mengaut keuntungan tambahan dari kerja hakiki BERGAJI, dibuat pula secara rahsia tanpa pengetahuan dan keizinan majikan yang telah memperuntukan gaji khas buatnya untuk kerja khusus tersebut. Point ini juga bersumberkan hadis laragan Nabi pengambilan harta ghanimah sebelum dikumpul dan diagihkan sendiri oleh baginda Nabi kepada pejuang-pejuang.
3. Mengelakkan makan harta orang secara bathil tanpa kerelaan: Bagi mengelakkan penjawat tertentu memeras wang orang ramai yang terpaksa berurusan dengannya bagi sesuatu urusan berkait polisi yang dikuatkuasa oleh pihak berkuasa seperti mendapatkan lesen etc. Akhirnya orang ramai terpaksa rela untuk memberi imbuhan bagi melancarkan urusannya. Illah ini turut datang dari hadis larangan memakn harta orang lain secara paksa dan tanpa rela.
PENGECUALIAN?
Sememangnya ada perbincangan di kalangan ulama berkenaan pengecualian. Sekiranya semua kesemua ELEMEN TERSEBUT dapat dielakkan, contohnya :-
a. Bagi seorang ulama yang memegang jawatan. Yang mana sudah menjadi kebiasaan orang memberikan hadiah kepadanya kerana sumbangan ilmunya & kesolehannya HATTA SEBELUM memegang apa-apa jawatan serta terbukti bolehpercaya dan tiada elemen bodek untuk mendapat keutamaan. Namun MASIH PERLU DIJAUHI sekiranya boleh membawa TOHMAH & fitnah terhadap Islam dan kedudukannya selaku ilmuan Islam .
b. Bagi jawatan yang tiada potensi menambah manfaat kewangan dan manfaat tambahan lain kepada pemberi, seperti kepada doktor perubatan, doktor gigi, tukang repair kereta, bell boy, pelayan restoran dan yang seumpamanya. Pun begitu, jika hal ini gagal melepasi elemen-elemen lain atau termasuk kesalahan etika organisasi tempat kerja, maka masih perlu dijauhi.
c. Guru-guru yang setelah tamatnya pengajian si pemberi. Justeru tiada syubhat ia dijadikan ‘bayaran’ untuk sesuatu manfaat dan markah etc.
d. Memang sifat pekerjaannya mengharapkan bayaran hadiah tips selain gaji asasi, seperti bell boy, pelayan restoran etc. yangmana ia diketahui oleh majikan, dibenarkan dan dipantau secara terkawal.
e. Diberikan kepada penjawat atas kerja buatnya yang diluar ruang lingkup kerja hakikinya. Maka itu layaklah dia menerima upah tambahan setimpal kerana itu dikira kerja luar tidak bergaji.
dan lain-lain yang panjang untuk huraian lengkapnya.
dan lain-lain yang panjang untuk huraian lengkapnya.
Sumber :Dr Zaharuddin
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment