Gambar seorang kanak-kanak lelaki menjadikan tangannya sebagai alas kepala ibunya yang sedang tidur, membuatkan ramai netizen rasa terharu dengan tindakannya itu, malah ada yang mahu melamarnya, lapor Shanghaiist.
Gambar yang dirakam dalam tren Chengdu Metro Line 2, menunjukkan kanak-kanak itu berpegang pada tiang di tepi pintu dengan tangan kiri, sementara tangannya dijadikan sebagai alas kepala ibunya yang sedang tidur.
Beberapa penumpang komuter yang menyaksi kejadian itu berkata, pada asalnya kanak-kanak itu duduk di sebelah ibunya. Namun dia segera menawarkan tempat duduknya kepada seorang wanita yang membawa anaknya dalam stroller.
Gambar itu viral di laman sosial Weibo dengan lebih 180,000 likes dan 18,000 komen di mana ramai netizen yang berharap mereka mempunyai anak seperti kanak-kanak lelaki itu suatu hari kelak. Sementara itu, netizen yang lain pula berharap kanak-kanak lelaki itu akan mengahwini anak perempuan mereka.
"Tolong saya dapatkan maklumat siapa ibu bapa kanak-kanak lelaki ini. Saya nak pergi berjumpa dengan mereka dan aturkan perkahwinan dia dengan anak perempuan saya," tulis seorang pengguna Weibo.
Blogger Comment
Facebook Comment