“Tak nak bagi chance lagi” – Respons KJ pada komen haters ini buat netizen terhibur

Mungkin ramai yang tidak perasan yang saban hari, semakin bengap komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di laman-laman media sosial.




Laman-laman media sosial ini, Facebook terutamanya, kecuali Twitter seseolah telah menjadi sebagai lubuk untuk golongan-golongan seperti ini berkumpul dan berhubung dengan netizen-netizen yang lainnya.
Tetapi, sudah menjadi lumrah bila menjadi seorang individu yang terkenal, pastinya ramai yang akan ‘merah mata’ dengan kehidupan kita yang sentiasa memberikan kritikan-kritikan yang tidak membina dan boleh buat kau sakit jiwa.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memuatnaik sekeping gambar di Facebooknya bagi mengumumkan enam kelab bola sepak amatur yang dipilih untuk ‘merasmikan semula’ Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ekoran yang sudah siap dinaiktaraf sempena penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Asia Tenggara (SEA Games) dan Para ASEAN 2017.

Pengumuman oleh Khairy mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong dan ada juga yang mengecam.
Mungkin sudah muak dan bosan dengan komen-komen yang langsung tiada kaitan dengan apa yang cuba disampaikan oleh beliau, KJ telah meluangkan masa untuk memberikan respons kepada setiap satu komen yang ditinggalkan oleh haters beliau.

100 juta tu apa cerita?

Lagi percubaan mahu ‘troll’



Pertama kali tengok menteri balas komen



Kami rasa, bukan setakat KJ saja yang sering menjadi mangsa serangan netizen-netizen sampah ini melempiaskan ‘nafsu’ mahu kelihatan bodoh mereka itu. Bukan apa, cubalah sekali sekala berikan kredit bila perlu. Jangan tahu setakat menghentam orang saja.



sumber: http://www.ohmymedia.cc
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment