Tak tahu mana silapnya, tetapi itulah situasi yang dialami oleh ramai majikan sekarang yang terpaksa melayan karenah dan sikap tidak professional golongan muda yang mahu meminta pekerjaan.
Mungkin masih belum matang atau tidak pernah didedahkan dengan cara-cara yang sopan untuk digunakan semasa memohon pekerjaan daripada majikan, ramai anak muda sekarang yang lebih gemar menggunakan cara mereka sendiri dengan menolak ketepi sikap sopan dan prosedur yang perlu dilalui semasa memohon.
Seorang pengguna Facebook, Izzat Eshak telah berkongsi pengalaman beliau dihubungi oleh seorang anak muda yang mahu memohon pekerjaan daripada syarikatnya.
Namun, bukan saja anak muda itu tidak mahu mengikut prosedur yang betul semasa memohon, malah dia juga bertanya soalan seperti berborak kosong bersama rakan-rakannya yang lain.
Baca perkongisan Izzat ini di bawah:
Antara respon yang paling win tahun ni. Sedih. Dan golongan ini akan kata susah cari kerja.
Up iklan kerja real, dan saya sendiri reply untuk feel buat SOP baru executive HR.
Bakal majikan sebenarnya bukanlah kejam. Cuma dari pertanyaan dan reply anda, pihak HR dah boleh baca perwatakan dan cara kerja anda pada masa akan datang.
Ps: Belum masuk yang email resume. Tanpa langsung ada tajuk dan isi email
Perkongsian Izzat ini kemudiannya telah menarik perhatian rakan-rakannya yang lain yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan cara lelaki itu memohon perkerjaan daripada beliau.
Rata-ratanya menyifatkan cara lelaki tersebut memohon pekerjaan adalah sangat tidak sopan dan biadap dan ramai yang menyokong tindakan Izzat untuk tidak memberikan peluang pekerjaan kepada lelaki tersebut.
sumber: http://www.ohmymedia.cc/
Blogger Comment
Facebook Comment