Kisah Menyayat Hati, Cerita Tentang Datuk Jalaluddin Hassan Yang Kehilangan Isterinya
Pelakon hebat, Datuk Jalaluddin Hassan telah kehilangan isterinya pada hujung tahun 2016.
Sebagai seorang suami, datuk Jalaluddin amat merindui isterinya yang bernama Hashimah.
Semalam, penceramah popular, Ustaz Abdullah Khairi ada mencerita kisah yang ramai tidak tahu tentang isteri Datuk Jalalduddin Haasan.
Kisah yang amat sedih dan menginsafkan.
Jom baca:
"Dia tersenyum nampak lesung pipit, macam tengah tangkap gambar passport"
Ini cerita dari Dr Izhar tentang Datuk Jalalludin Hassan yang telah kehilangan isteri kesayangannya.
Selama ini mereka memang kenal mengenali tetapi semasa kematian isteri Datuk, beliau tiada di Malaysia untuk menziarah.
Pada suatu hari, Dr Izhar terserempak dengan Datuk Jalalludin, lantas mengajaknya makan sekali.
Tapi dia pelik, kenapa Datuk pakai spek mata hitam sebegitu, kerana dia tahu Datuk Jalalludin sangat menjaga keperibadian dan penampilannya.
Datuk memulakan ceritanya, "Dah 4 bulan ustaz, isteri saya meninggal. Tak ada satu hari pun yang saya lalui tidak menangis teringatkan dia. Ustaz nak tengok gambar dia? Saya ada tangkap gambar dia selepas di kafankan"
"Ya, boleh saya tengok? Eh Datuk, edit ke gambar ni. Biar betul gambar ni? "
" Betul ustaz, ni gambar isteri saya selepas dikafankan. Saya tak edit pun, video live pun ada kalau nak tengok"
Ya Allah, tahu kenapa Dr Izhar terkejut? Katanya selama ni macam-macam keadaan mayat dia dah pernah tengok. Kusam, pucat, senyum, dan lain-lain. Tapi tak pernah dia tengok keadaan mayat yang begitu.
Wajah arwah Datuk Jalalludin begitu cerah, putih, dan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit. Macam orang tengah tangkap gambar passport. Tersenyum lebar tanpa nampak gigi.
"Allahu, apa amalan Datin ni, Datuk? Sampai tersenyum begini? "
"Ustaz, selama 20++ tahun lebih, isteri saya tidak pernah bangun lebih dari pukul 4 pagi, dan solat 4 rakaat. Sampaikan saya selalu bertanya pada dia, kenapa u bangun awal sangat ni?
Saya selalu balik jam 3 pagi lepas habis shooting, tapi dia langsung tak cakap suruh saya solat dulu sebelum tidur ke apa. Dia hanya sediakan tempat tidur saya baik-baik dan sambung solat sehingga waktu dhuha dan baca Al Quran.
Kata arwah isterinya pada suatu hari, saya tahu abang penat mencari rezeki untuk keluarga kita, dari kita tinggal di rumah setinggan sehingga lah rumah banglo sekarang ni. Dari anak-anak kecil hinggalah dah masuk university semuanya.
Saya tahu kerja abang tak kena dengan Islam. Abang berlakon kena pegang, peluk perempuan lain. Setiap malam saya bangun solat untuk minta Allah ampun kan segala dosa-dosa abang selama ni dan semoga Allah beri hidayah pada abang"
Mengalir air mata di pipi Datuk kerana terlalu rindukan isterinya.
"Ustaz tahu, sekarang setiap hari saya bangun pukul 4 pagi dan sambung sehingga waktu dhuha, baru saya pergi kerja. Saya buat apa yang isteri saya buat dulu"
Katanya, setiap kali solat sekarang dia akan solat di sejadah isterinya dan letakkan telekung isteri di sebelah.
Allahu, doa seorang isteri yang solehah dan ikhlas untuk suami, sebegitu sekali balasannya
Itulah kisah yang dikongsikan dan menjadi viral di laman media sosial. Semoga dijadikan teladan buat semua.
Blogger Comment
Facebook Comment