Doktor keluarkan belut 50cm dari perut pesakit


GUANGZHOU, CHINA - Seorang lelaki berusia 49 tahun dikejarkan ke hospital minggu lalu selepas mengadu sakit perut kronik, lapor Shanghaiist. 

Doktor yang melihat perut Liu mengalami bengkak teruk sehingga saiz perutnya kelihatan tidak normal, segera melakukan pembedahan terhadap mangsa. 

Dalam pembedahan itu, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada seekor belut sepanjang 50 sentimeter berenang di dalam perut mangsa yang telah memecahkan ususnya dan menganggu beberapa organ badan lain sehingga hampir membunuhnya. 

Doktor berjaya mengeluarkan belut berkenaan dan menyelamatkan nyawa Liu. 

Selepas pembedahan itu, Liu memaklumkan pada doktor yang sebelum ini dia pernah mendengar bahawa dalam perubatan tradisional, belut boleh digunakan untuk merawat masalah sembelit dan mengambil keputusan untuk mencubanya. 

Liu kemudian memasukkan belut hidup melalui lubang duburnya dengan harapan masalah sembelitnya berakhir. Malangnya tidak apabila keadaan menjadi semakin teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. 

Pada tahun 2010, seorang lelaki di Sichuan meninggal dunia selepas rakannya memasukan belut hidup ke dalam lubang duburnya sebagai gurauan sesama rakan. Bagaimanapun, belut itu telah merosakkan organ dalamannya dan akhirnya meninggal dunia. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment