Muat naik gambar 'selfie' di Facebook, suami bakar isteri dengan petrol


THAILAND - Seorang suami cemburu dengan isterinya memuat naik gambar selfie di Facebook bertindak mencurahkan petrol pada isterinya sebelum membakarnya, lapor Mirror

Mangsa, Chatchawarn Tarrin, 28, berkahwin dengan Nednapha Nuankhul, 26, sejak Januari tahun lalu. Namun lelaki itu mula berubah selepas beberapa bulan berkahwin. 


Nednapha sebelum kejadian memuat naik tiga gambar selfienya di Facebook pada Disember tahun lalu, menyebabkan suaminya cemburu. 

Mangsa yang mempunyai seorang anak cuba melarikan diri tetapi Chatchawarn mencurah petrol dan menyalakan api pada mangsa di kediaman mereka di Amphoe Chiang Kham, utara Thailand. 

Neddnapha melecur teruk di seluruh badan termasuk wajahnya sehingga terpaksa menjalani tiga pembedahan dan beberapa lagi pembedahan susulan pada tahun ini. 




Walaupun diperlakukan seperti itu, Nednapha berkata, dia memaafkan tindakan suaminya itu yang kini sedang menunggu untuk dijatuhkan hukuman di mahkamah. 

"Apa yang berlaku sememangnya menakutkan saya tetapi saya perlu memaafkan suami demi anak lelaki kami. 


"Apabila api membakar tubuh saya, saya rasa seperti dibakar api neraka. Ini kesakitan yang paling teruk yang tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa. 

"Saya terpaksa menerima keadaan saya begini untuk selama-lamanya dan saya tahu 'neraka' itu wujud. 

"Kita boleh lari dari segala-galanya teteapi kita tidak dapat lari dari karma. Tiada siapa yang menjangka kejadian seperti ini boleh berlaku dan kita tak dapat nak mengelakkannya berlaku. 

"Sudah tentu suami saya akan rasa berdosa dan dia akan mendapat karmanya juga satu hari nanti. Sekarang suami saya tak boleh lari dari segalanya dan telah dipenjarakan. Namun dia ada anak yang memerlukan kasih sayang seorang bapa," katanya. 

Rakan mangsa, Sudarat Khunarup, memuat naik gambar kecederaan Nednapha untuk meminta sumbangan orang ramai bagi membantunya menanggung kos rawatan agar mangsa pulih sepenuhnya. 

"Suami dia curah petrol dan bakar dia. Tetapi dia masih hidup, dalam keadaan yang amat menderita dan memerlukan bantuan orang ramai. 

"Dia telah dibedah di bahagian leher, mulut dan dagunya beberapa kali. Jari jemarinya juga parah dan memerlukan lebih banyak pembedahan yang dilakukan pada tangan kanannya yang kini mengalami masalah ligamen. 

"Dia tidak dapat bekerja dan suaminya tidak dapat menyara dia dan anaknya kerana berada di penjara," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment