Soalan : Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai sesetengah orang yang mempercayai sekiranya ada bayi yang baru lahir, jika kita balik kerumah, kita perlu menunggu di luar rumah seketika kemudian meludah dan baru boleh masuk ke dalam rumah. Apa kah pandangan ustaz/ustazah berkenaan isu ini. Ada juga yang meletakkan benda tajam seperti pisau / gunting dibawah tilam bayi yang kononnya untuk menghindarkan bayi dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Apakah pandangan Islam kerana saya merasakan ramai yang mengamalkan perkara-perkara seperti ini.
Jawapan: Kepercayaan tersebut hanyalah suatu adat yang tidak terdapat di dalam Nas Al-Quran dan Hadith. Dikhuatiri jika mengamalkan boleh membawa kepada perbuatan khurafat.
Sumber: Fatwa Negeri Selangor
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment