Dia dipercayai disaman di kawasan Jalan Kuching di sini pada 22 November lalu kira-kira pukul 11:15 pagi.
Namun, tindakan polis menyaman pemandu tersebut kerana memakai seluar koyak mengundang rasa tidak puas hati dikalangan pengguna media sosial.
Polis kita semakin hebat,” kata Mohd AK seorang pengguna Facebook yang turut berkongsi gambar tersebut.
“Aiyo, pakai seluar koyak pun saman kah?” tanya seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Arasu.
Namun, turut terdapat satu komen di mana Wan Kamariah berpendapat kemungkinan besar pemandu tersebut disaman kerana memakai selipar ketika memandu.
Salinan surat saman yang dilihat Berita Daily turut menyatakan pemandu lori berkenaan perlu hadir di Mahkamah Majistret di Jalan Duta pada 21 Januari 2017 pada pukul 8 pagi untuk perbicaraan.
Rata-rata netizen mengatakan yang punca lelaki itu disaman ialah kerana memakai selipar:
Kredit:- Malaysian Response Team
Blogger Comment
Facebook Comment