King Coco Mengaku Hamil, Mahu Bersalin Di Luar Negara

Kepada peminat dan pengikut King Coco anda pasti perasan akan hashtag ‘rezeki anak’ dalam status-status terbaru di Instagram dan ya, King Coco sudah pun mengandung.
Dia sendiri tidak menyangka yang dirinya mengandung secepat itu selepas berkahwin pada 1 Januari 2017 yang lepas dengan
suami orang Capt Azrin.
Pada mulanya, King Coco tidak percaya yang dirinya mengandung sehinggakan dia membuat pemeriksaan sebanyak 3 kali di klinik.
“Tapi yang kelakarnya saya sentiasa terbayang-bayang kesakitan apabila melahirkan anak kelak, sampaikan termimpi-mimpi dibuatnya.
“Sebenarnya kalau tidak mengandung, saya memang bercadang untuk mengambil anak angkat. Saya sukakan budak-budak. Sekurang-kurangnya saya tidak berasa sunyi apabila suami tiada di rumah. – King Coco
Okay, dia mengandung tu kira memang rezeki dia kan… Tapi, apa yang mengejutkan, Coco mendakwa akan melahirkan anak tersebut di luar negara. Pulak?
King Coco memberitahu sebab dia nak melahirkan anak di luar negara kerana hendak menciptakan kenangan untuk anak-anaknya apabila mereka dewasa kelak.
ArtisBuzz : Okaylah tu, esok bolehlah claim yang anak engkau tu banyak kacukan macam engkau jugak kan Coco… Ahaks!
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment