Aqasha & Rita Rudaini Kantoi Mesej ‘Hendakkan’ Anak, Isteri Aqasha Sebar Di Instagram

Sebelum ini, spekulasi Rita Rudaini bermain cinta dengan artis yang merupakan suami orang beranak dua ditepis dan dinafikan oleh Rita Rudaini sendiri.
Tetapi dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang memakan diri sendiri apabila mesej Rita Rudaini dengan Aqasha melalui aplikasi Flirt kantoi dibaca oleh isteri Aqasha sendiri, Baizura Sabri.


BACA: “Mati Hidup Semula Pun Aku Takkan Balik Dekat Kau!” – Aidil Zafuan

Perbualan (screenshot) antara Aqasha dan Rita Rudaini
yang gedik telah dikongsi oleh isteri Aqasha di laman sosial Instagram yang mengundang persoalan kepada semua yang melihatnya.
Perbualan Aqasha & Rita Rudaini yang bercerita mengenai hendakkan anak yang cantik dan comel disertakan dengan gambar budak kecil yang kononnya dijadikan contoh dan dibalas oleh Aqasha kalau ‘usaha’ lebih boleh dapat anak yang lebih comel. Zzz…
Biasalah perbualan ‘orang lama’ yang berpengalaman dan dah menjangkau usia 40an. Tambahan lagi berbual dengan wanita berstatuskan janda. Hehehe…
Namun, screenshot perbualan Aqasha dan Rita Rudaini telah pun dipadam selepas nitizen bertelagah sesama sendiri yang masing-masing memberi pendapat dan tidak kurang yang mengutuk.
Menurut isteri Aqasha melalui mesej yang dibalas di dalam Instagram, perhubungan Aqasha dengan orang ketiga telah lama diketahui dan walaupun ditegur, Aqasha tetap tidak mengendahkan menyebabkan isteri Aqasha seolah-olah tidak sanggup lagi menyimpan rahsia tersebut.
Kita tunggu dan lihat nanti penjelasan oleh Aqasha dan Rita Rudaini mengenai isu mesej-mesej ala budak wechat ini…

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment