Ramai berpendapat cuti bersalin adalah waktu ‘honeymoon’ hanya kerana waktu cuti itu dilihat panjang iaitu selama 60 hingga 90 hari.
Sebenarnya, di dalam tempoh bersalin ini, ianya membantu golongan ibu untuk berehat dalam pantang dan meluangkan masa bersama bayi mereka yang baru lahir.
VOICES
Cuti bersalin setahun. Untunglah pekerja wanita Maybank!
Ramai berpendapat cuti bersalin adalah waktu ‘honeymoon’ hanya kerana waktu cuti itu dilihat panjang iaitu selama 60 hingga 90 hari.
Sebenarnya, di dalam tempoh bersalin ini, ianya membantu golongan ibu untuk berehat dalam pantang dan meluangkan masa bersama bayi mereka yang baru lahir.
Emosi ibu boleh terganggu dengan kehadiran anak, lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak pertama yang dilihat sebagai sesuatu perkara baru dalam hidup.
Maybank tahun ini telah memecahkan rekod apabila mereka menawarkan cuti bersalin sehingga satu tahun kepada pekerja wanita mereka yang layak.
Sambung cuti sehingga setahun dengan :
- 90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh
- tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji
- dan cuti enam bulan tanpa gaji
Di Malaysia, tempoh cuti bersalin adalah 60 hingga 90 hari. Biasanya, 60 hari bagi syarikat swasta dan 90 hari untuk syarikat milik kerajaan.
Mengambil contoh negara maju yang lain, secara purata kebanyakkannya memperuntukkan cuti bersalin sekurang-kurangnya 120 hari.
Negara jiran seperti Singapura memberikan cuti bersalin sebanyak empat bulan manakala Vietnam empat sehingga enam bulan.
Sebagai contoh di Kanada, si ibu akan diberi cuti bersalin sebanyak 50 minggu dengan gaji dibayar hanya 55% dari gaji penuh.
Pengumuman ini telah menarik pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:
Ramai yang mengambil positif benefit baru Maybank ini
Takut kena buang kerja
Ada yang berprasangka
Harap boleh jadi contoh bank lain
Bagaimana pun, bagi kami langkah yang dibuat oleh pihak Maybank wajar dipuji dan patut dijadikan contoh kepada bukan sahaja di kalangan bank-bank saja, malah semua syarikat-syarikat di Malaysia. Tahniah!
Blogger Comment
Facebook Comment