Agong dukacita, rasuah masih berlaku


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat awam dan bekas penjawat awam, lapor Sinar Harian. 

Seri Paduka bertitah, walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia telah menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. 

"Justeru, beta mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. 

"Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," titah baginda ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat, semalam. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment