Pusat Zakat atau mana-mana agensi yang sewaktu dengannya selalu menjadi sasaran netizen apabila timbul isu individu atau keluarga susah kononnya tidak dibantu viral di media sosial.
Tanpa menyelidik terlebih dahulu, segelintir netizen sewenang-wenangnya menunding jari pada pihak-pihak berkenaan dengan dakwaan yang tidak berasas sehingga menimbulkan persepsi yang tidak baik di mata masyarakat.
Baru-baru ini, viral di media sosial kes seorang lelaki yang mengatakan dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan tanpa dibayar gaji oleh majikannya. Malah individu berkenaan mendakwa pernah cuba mendapatkan bantuan di Pusat Zakat, tetapi gagal mendapatkan bantuan.
"Dah bang, dah pergi tetapi orang pejabat kata peruntukan dah ada nama penerima," jelas Ikhwan.
Enggan melihat netizen terus menerus menunding jari pada Pusat Zakat dan agensi yang sewaktu dengannya, Shah Irwan tampil berkongsi pengalamannya berurusan dengan Pusat Zakat dan sekaligus menafikan dakwaan orang ramai.
Oleh Shah Irwan
Saya juga pernah susah, juga pernah meminta bantuan di Pejabat Zakat. Tidaklah sesukar yang selalu digambarkan. Mungkin persepsi orang yang tidak tahu apa-apa atau tidak pernah berurusan secara terus dengan Zakat (kecuali jumpa a million zakat di bulan ramadhan).
Pengalaman saya pergi ke Pusat Zakat JAIS Shah Alam. Di situ ada Kaunter Ekspress. Isi borang dan kemudian ambil nombor. Mereka akan interview dan terus luluskan berapa peruntukan yang difikirkan sesuai tak sampai sejam.
Kisahnya pada masa itu saya diberhentikan kerja, tiada duit. Dapatlah RM400 tunai sebab isteri saya bekerja. Tidak lama selepas itu, saya ada berjumpa dengan seorang hamba Allah yang mana dia juga mengalami masalah yang sama. Bezanya, isteri dia tidak bekerja.
Saya sarankan dia pergi ke Pusat Zakat. Alhamdulillah, dapat RM700 buat modal beli lauk dan cari kerja.
Pada mulanya saya malas nak komen tentang isu bekas pengawal keselamatan diberhentikan kerja yang viral di Twitter itu. Tetapi akhirnya saya tulis di sini atas tanggungjawab dan mungkin boleh membantu mereka yang lain. Untuk makluman, Pusat Zakat Selangor di depan Masjid Shah Alam itu ye.
Artikel berkaitan:
Blogger Comment
Facebook Comment