Hairul Azreen Diasak Soalan Panas, Kongkong Hanis Zalikha Dan Kaut Untung Dari Anak
Pelakon Hairul Azreen telah diajukan soalan panas oleh wartawan baru-baru ini.
Ada dakwaan dia sedang mengeksploitasi anaknya, Yusof Iskandar dengan membuka akaun Instagram baru-baru ini malah mengaut keuntungan dari anaknya itu.
Ini jawapan Hairul:
"Saya create akaun Yusuf sebab mahu simpan gambar-gambar peribadi. Sebenarnya masa saya kecil dahulu rumah saya dilanda banjir, dan gambar-gambar basah.
"Jadi saya tidak ada kenangan masa kecil. Untuk itu saya create supaya apabila Yusof besar nanti dia boleh lihat gambar dia ketika kecil,”
"Saya tak kisah apa orang nak kata, yang penting saya dan keluarga tahu apa yang sedang saya lakukan,”
Selain itu, ada juga dakwaan mengatakan dia telah mengongkong isterinya, Hanis Zalikha daripada berlakon.
Ini penjelasan dari Hairul Azreen:
"Sebenarnya tiada soal kongkong atau apa kerana terus-terang saya tidak kisah jika Hanis mahu berlakon selepas melahirkan anak pertama kami.
"Cuma Hanis sendiri yang mahu fokus menjaga anak kami yang masih kecil itu sendiri di rumah.
"Selain itu dia sekarang sibuk dengan urusan perniagaan tudung dan alat solek seperti gincu,"
Dikatakan Hanis telah dikongkong suaminya selepas dilihat tidak lagi aktif berlakon sebaik sahaja mendirikan rumahtangga dan melahirkan anak pada 3 Jun tahun lalu.
Blogger Comment
Facebook Comment