PASIR GUDANG, JOHOR - "Apa yang dia tulis itu tidak betul. Lebih-lebih lagi fitnah mengenai kami sudah menjalinkan hubungan seks," kata Mohamad Kasiren, 23, menafikan dakwaan Nurul Hidayu yang viral di media sosial sejak semalam.
Lapor laman My News Hub, Kasiren mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan pelajar tingkatan tiga itu semenjak empat bulan lalu hanya sekadar suka-suka sahaja memandangkan dia tertekan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi.
"Saya akui bercinta dengan gadis itu tetapi hanya sekadar suka-suka kerana saya tertekan dengan masalah rumah tangga.
"Saya berkawan dengan perempuan itu pun, saya berjumpa dengan ibunya untuk meminta izin. Bukannya main angkut bawa ke mana-mana. Saya juga bukan kaki perempuan seperti yang didakwa Nurul Hidayu," katanya.
Jelas Kasiren lagi, sepanjang perkahwinannya dengan Nurul Hidayu, dia seperti menjadi orang suruhan dan selalu dimarahi isterinya selain mengongkongnya sehingga menyebabkan dia kehilangan kawan-kawan dan keluarga.
"Sepanjang perkahwinan, saya menjadi babu (orang suruhan) dan selalu dimarah. Dia juga ikat saya hingga menyebabkan saya hilang kawan-kawan dan keluarga. Dia juga maki emak saya binatang.
"Pendek kata, hubungan kami sudah mula bermasalah sejak awal perkahwinan lagi. Banyak lagi aibnya namun adalah lebih baik saya tak dedahkan," katanya.
Difahamkan, pasangan terbabit sedang dalam proses penceraian selepas Nurul Hidayu memfailkan fasakh pada Isnin lalu.
Susulan viral tersebut, Kasiren telah membuat laporan polis di Balai Polis Scientex, jam 9.58 malam semalam. Laporan polis itu dibuat kerana Kasiren tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang didakwa sengaja mengaibkan dirinya di media sosial.
Meskipun hanya bekerja sebagai mekanik dan berniaga secara sambilan, Kasiren juga turut menyatakan kesanggupannya untuk menjaga anak pertama mereka yang kini berusia dua bulan. - The Reporter
Artikel berkaitan:
Blogger Comment
Facebook Comment