TIPS UNTUK MENDATANGKAN REZEKI DARI PARA ULAMA "ARIF" [ Baca Dan Sebarkan..!! ]

Gambar Hiasan

TIPS UNTUK MENDATANGKAN REZEKI DARI PARA ULAMA "ARIF" 


Di bawah adalah tips-tip amalan yang boleh mendatangkan, menarik atau menghadirkan rizqi, iaitu:

Pertama : Solat dengan penuh khidmat dan khusyu '.

Kedua : Membaca surat al-Waqi'ah pada malam hari.

Ketiga : Membaca surat Yasin dan Tabarak di waktu pagi.

Keempat : Mendatangi masjid sebelum dikumandangkan azan.

Kelima : Selalu dalam keadaan suci (jika ia batal langsung memperbaharui wudhu'nya).

Keenam : Melaksanakan solat sunat Fajar dan Witir di rumah.

Ketujuh : Memakmurkan masjid ba'da solat Subuh hingga keluarnya matahari dengani'tikaf di dalamnya dan memperbanyak bacaan: "Yaa Kaafiy yaa Mughniy yaa Fattahyaa Razzaaq."


Sedangkan dari Imam Syafi'i Ra. mengatakan bahawa 4 hal yang dapat menarik rezeki :

Pertama : Qiyamullail

Kedua : Memperbanyak istighfar di waktu sahur

Ketiga : Senang bersedekah

Keempat : Berzikir di awal siang hari dan di akhirnya. "


Dan ketahuilah.. Ada empat sebab-sebab yang boleh menyukarkan datangnya rezeki kepada kita :

Pertama : Tidur dipagi hari

Kedua : Sedikit solat

Ketiga : Malas

Keempat : Khianat

Sekian yang sy dapat kongsikan, dipersilakan share..
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment