Persoalannya, macam mana Google Maps atau Waze atau aplikasi yang seumpama dengannya boleh tahu sesuatu jalan tu jem ke tak? Dia guna camera ke?
Jawapannya, kita sendiri yang beri maklumat pada Google sama ada jalan tu jem atau sebaliknya, tanpa kita sendiri sedari.
Dikenali sebagai Crowdsourcing, kita secara tak sedar telah menghantar maklumat lokasi geografi semasa kita kepada apps berkenaan ketika menggunakan aplikasi tersebut. Bukan hanya kita sahaja yang menghantar maklumat berkenaan, tetapi semua orang yang menggunakan aplikasi tersebut pada masa tertentu.
So jalan short-cut, dan re-routing bila terlepas simpang tu semua datang daripada pengguna apps itu juga. Sebab tu kadang-kadang kita lagi sesat bila guna GPS, sebab sebelum ni ada ramai orang yang sesat jugak.
Rujukan:
- Google Traffic – Wikipedia
- Google Official Blog
- Analyzing Real Time Traffic Capabilities of Personal Navigation Devices and Traffic Phone Applications – M Library (University of Michigan)
- System For Optimizing Driving Routes For Crowdsourcing Applications – Rutgers University Community Repository
- How Stuff Works
Blogger Comment
Facebook Comment