LABU, NEGERI SEMBILAN - Seorang guru wanita mengalami trauma
apabila jari telunjuk tangan kanannya digigit ular dipercayai ketika mengambil
daun pandan di kebun kecil di belakang rumahnya.
Kejadian itu juga menyebabkan Salmiah Marzuki terpaksa ditahan di
wad hampir seminggu. Malah, jarinya juga tidak dapat berfungsi seperti biasa.
"41 hari yang lalu, jari saya digigit ular. Oleh disebabkan
itu, saya terpaksa menginap di hospital selama 6 hari 6 malam. Akibat dari
gigitan ular ini, sehingga sekarang jari saya masih tidak dapat berfungsi
seperti biasa.
"Bukan ini cerita yang saya mahu sampaikan, tetapi saya ingin
berkongsi nasihat seorang doktor agar jangan menanam pandan di belakang rumah
sehingga terlalu merimbun. Memadai saja dengan menanamnya di dalam pasu untuk
kegunaan sendiri. Menanam untuk tujuan komersial, lain cerita ya.
Pokok pandan yang ditanam di kebun
kecil belakang rumah Salmiah | Foto - Salmiah Marzuki
|
"Menurut doktor yang berkongsikan pengalamannya ketika
bertugas di unit orthopedik, banyak gigitan ular berlaku yang melibatkan
mangsanya berada di kawasan pokok pandan. Ini termasuklah kes saya. Katanya,
ular memang suka bersarang di celah-celah rimbunan pokok pandan. Jadi,
berhati-hatilah ya rakan-rakan semua," katanya.
Kejadian awal November lalu, jari
telunjuk Salmiah bengkak disengat kala jengking | Foto - Salmiah Marzuki
|
Difahamkan, Salmiah pada awal November lalu pernah disengat kala
jengking ketika melawat kebun kecilnya itu. Kesannya, jari telunjuk tangan
kanan mengalami bengkak dan diberikan ubat antibiotik untuk meredakan
bengkaknya. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment