6 Artis Terkenal Dengan Nama Pentas Unik


Apa ada pada nama? Hakikatnya nama itu terlalu penting untuk seorang artis. Nama yang cukup mudah diingati atau unik lebih menjadi sebutan selain hasil karya luar biasa. Kami senaraikan enam artis yang cukup dikenali dengan nama pentas mereka!

Bront Palarae


Gambar: www.cinema.com.my
Pelakon terkenal yang membintangi filem-filem hebat seperti Ola Bola, Jwanita dan Bunohan ini dilahirkan dengan nama Nasrul Suhaimin Bin Saifudin. Nama Bront Palarae diambil hasil gabungan nama timang-timangan dan nama keluarga ibunya yang berdarah Thailand. Sekali pandang ramai yang menyangka dia berasal dari tanah seberang hakikatnya dia anak jati Malaysia yang berdarah campuran Punjabi, Siam serta Melayu.

Altimet


Gambar: www.fhm.com.my
Pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew bersama Mizz Nina sebelum beralih kepada kerjaya solo. Ahmad  Abdul Rahman, cukup terkenal sebagai rapper, penulis lirik, pencipta lagu dan hos tv. Antara lagu yang dinyanyikannya ialah "Kalau Aku Kaya" bersama Awi Rafael, "Kotarayaku" bersama Noh Salleh, "Aku Tahu" bersama Tomok dan "Belantara Konkrit" bersama Sala dan Aman-RA

Waris


Gambar: www.musixmatch.com
Mula dikenali sebagai artis yang mencetus evolusi kepada muzik rap tempatan dengan lagu "Rembau Most Wanted". Waris atau nama sebenarnya Muzammil Bin Alias diangkat sebagai artis yang cukup kreatif dalam berkarya. Antara hasil karya artis yang bernaung di bawah syarikat Mixology Music ini ialah "Botingkek" bersama Juzzthin, "Lagenda" dan "Gadis Jolobu" bersama Datuk Hattan.

Zee Avi


Gambar: www.pastemagazine.com
Izyan Alirahman, penulis dan penyanyi kelahiran Sarawak ini telah berjaya meletakkan dirinya di persada antarabangsa. Zee Avi yang terkenal dengan lagu "Kantoi" ini pernah memenangi Anugerah Ikon Remaja Antarabangsa 2011 di negeri kelahirannya. Zee Avi kini menetap di Amerika Syarikat.

Sona One


Gambar: stail.my
Mikael Adam Bin Mohd Rafee Michel Lozach atau Mikael Adam Lozach ini merupakan penyanyi, penyanyi rap, pelukis grafiti, penulis lirik dan penggubah lagu terkenal Malaysia. Dia mula dikenali menerusi lagu "Taik Lalat" pada tahun 2012 sebelum meletup dengan lagu "No More" serta gandingan bersama rapper terkenal Joe Flizzow menerusi lagu "Havoc" dan "Apa Khabar"

Fynn Jamal


Gambar: Berita Harian
Nur Affina Yanti Jamalludin, penulis lirik, penyanyi, penulis dan pemuisi yang gemar menghasilkan lagu-lagu dengan lirik mendalam seperti "Levitasi", "Arjuna Beta", "Terbang Tunduk" dan "Suatu Pernah".
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment