Hari ini, kononnya Boss #1 nak berjumpa dengan saya untuk berbincang mengenai agreement semua. Selepas semua berbincang, dia pun seutju bayar deposit RM72,000 dalam masa seminggu ini. Duit makan sebulan, deposit sebulan.
Dalam masa yang sama, mereka ada deal satu jualan tanah. Tuan tanah pula nak guna duit kerana bapa mertuanya sakit dan memerlukan wang sebanyak Rm400,000 segara. Harga tanah yang dijual pula adalah RM800,000.
Di depan saya, Boss #1 serahkan wang tunai RM30,000 dan suruh beri deposit pada tuan tanah dan cepat-cepat pergi kononnya ada urusan yang mustahak di Singapura. Jadi, tidak boleh diganggu.
Selepas berbincang dengan Boss #2 itu tetap mahukan wang tunai RM400,000 hari ini juga. Boss #1 berkata, dia hanya ada wang tunai sebanyak RM200,000 sahaja. Baki RM200,000 sedang diusahakan.
Tiba-tiba Boss #2 meminta dari saya.
"Eh? Apa kena mengena saya dengan urusan jual beli tanah mereka ini?"
Boss #2 kata, dia akan berikan komisen pada saya sebab tanah itu nanti akan dijual balik dengan harga RM1.2 juta. Malah, dia meminta saya membantunya sebanyak RM10,000 atau RM20,000.
"Saya tak ada duit. Air liur, ada lah," kata saya.
Gagal memujuk saya walaupun mereka dah beri saya minum air apa pun tak pasti. Selepas jumpa, lelaki Cina itu menghubungi saya dan bertanya tentang RM10,000. Saya tetap tegas bahawa saya tak ada duit sebanyak itu. Perempuan yang order nasi goreng itu pula sudah mematikan telefon bimbitnya. Memang sahlah mereka semua ini adalah kaki scammer.
Enam orang yang terlibat iaitu
- Tukar order nasi
- Manager (cina)
- Assistant Manager
- Boss number (cina)
- Tuan Tanah
- Driver Melayu berkopiah.
Nasib baik saya tak pakai apa-apa barang kemas, malah duit dan kad bank juga tidak dibawa bersama pada ketika itu. Syukurlah tiada apa-apa yang berlaku. Sebelum keluarga baca ayat Qursi banyak-banyak sebab saya risau di pukau.
Rupa-rupanya ramai yang sudah terkena. Ramai juga yang menghubungi saya melalui Facebook dan mendakwa modus operandi sekumpulan scammer adalah sama,
Saya hanya sempat merakam gambar wanita ini sahaja. Wanita inilah yang seringkali menghubungi saya untuk berurusniaga nasi itu.
Menurut pakcik yang saya suruh mengekori saya secara senyap-senyap dari belakang seperti saya pergi ke perbincangan itu, dia ternampak semua yang datang itu turun dari Hotel Aston, Nilai. Rupa-rupanya mereka bekampung di situ. - Norlaila Dlaila | The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment