Isu Makan Duit Anak Yatim, Ini Komen Dari Seorang Peguam



Coretan peguam Hasif Hasan

Tajuk berita ini menarik minat saya untuk mencoret di sini.

" Adik Bongsu Mangsa Nahas Duke Didakwa Pecah Amanah

Dalam kemalangan tersebut, suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila; bergelar anak yatim piatu.

Namun, yang menjadi pertikaian hari ini ialah bila mana kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain telah mengadakan sesi sidang media mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain ‘pecah amanah’. "

Perlu saya tegaskan bahawa ini hanya tuduhan atau 'allegation' dan masih belum dibuktikan kesahihannya.

Pihak yang dituduh juga berhak untuk menafikan atau membela diri beliau daripada pertuduhan ini.

Tuduhan ini sesuatu yang serius dan jika mana mana pihak membuat laporan polis dan setelah berakhirnya sisasatan, juga terdapat arahan pendakwaraya untuk menuduh suspek, maka sudah tentu kes begini akan berakhir di mahkamah.

Saya sekadar mencoretkan peruntukan undang undang bagi kes atau kesalahan begini (jika ada).

Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang mana perkataan "amanah" dalam peruntukan ini merujuk kepada semua kejadian yang mana seseorang yang telah diamanahkan itu menyalahgunakan atau menjadikan harta itu seperti kepunyaannya sendiri.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam kes Periasamy A/L Sinnapan v Pendakwa Raya (1996) 3 CLJ 187 seperti berikut :

"Section 405 Penal Code describes the person who may be guilty as one being any manner entrusted with property or dominion over it. And if that person dishonestly misappropriates (that property), he or she commits ‘Criminal breach of trust’.”

Pihak pendakwaan perlu membuktikan perbuatan tertuduh tersebut dilakukan dengan tidak jujur (dishonestly).

Seksyen 24 Kanun Keseksaan memperuntukan maksud “secara tidak jujur” seperti berikut :

“ Sesiapa yang membuat apa-apa dengan tujuan menyebabkan keuntungan salah kepada seseorang, atau kehilangan salah kepada seseorang lain tidak kira sama ada perbuatan tersebut menyebabkan kehilangan salah atau keuntungan salah sebenar, adalah dikatakan membuat perkara itu “secara tidak jujur"

Seksyen 406 Kanun Keseksaan ini membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Di dalam agama juga disentuh persoalan amanah.

Nabi SAW juga ada bersabda yang bermaksud;

"Ada 4 perkara, jika dilakukan membawa kepada kemunafikan yakni; Apabila diberi amanah (kepercayaan), dia khianat. Apabila berbicara, dia berdusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila berbalah, dia melampaui batas."

Dalam cerita tanah kubur pun selalu ada 'balasan' untuk pecah amanah ini. 


Credit to Tok Adi 👍🏻

Semoga kita menjadi manusia yang beramanah

Syukran wa iIlal liqaq
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment