Video berdurasi 2 minit 51 saat itu menunjukkan, Herul Azmi, didesak sekumpulan lelaki yang dipercayai pemandu lori mendesaknya membuat permohonan maaf secara terbuka di sebuah restoran selepas kenyataan penghinaannya itu viral di media sosial.
Herul Azmi bagaimanapun terkedu dan tidak bersuara apabila diarahkan berbuat demikian.
"Kalau awak minta maaf secara umum, maknanya masalah ini selesai. Inilah jalan yang terbaik pihak kami (golongan pemandu lori) yang dapat bantu awak. Awak minta maaf dan terus tutup kes. Inilah caranya nak stopkan awak punya viral," kata seorang lelaki yang berada berhampiran Herul.
Difahamkan, Herul enggan membuat permohonan maaf sekiranya situasi itu dirakam, atas alasan malu. Bagaimanapun, tindakannya itu membuatkan lelaki di sebelah kirinya tidak puas hati.
"Berapa banyak permintaan kau, kau malu ke apa. Habis orang lain tak tahu malu? Jangan sampai aku hilang sabar kang, tumbuh tanduk aku," kata lelaki berusia lewat 40'an berkenaan.
Terdahulu, Herul memuat naik kenyataan bahawa semua pemandu lori di negara ialah adalah sampah masyarakat, sial dan anak pelacur. Malah, beliau berani dan tidak takut dengan mana-mana pemandu lori yang mahu berdepan dengannya. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment