"Apa nak dikata, hanya Allah yang tahu. Apa pun terima kasih MBSA. Duduk di negara asing beginilah dugaan nak hidup. Hari ini mungkin hari kau (MBSA), esok-esok hari aku pula. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal," katanya Zulkifli Ardani Joidani.
Sebelum itu, Redza Ali Madan memuat naik kisah gerai Zulkifli didatangi anggota MBSB yang merampas beberapa peralatan niaga mereka, di laman Facebook. Malah, Redza juga dimaklumkan bahawa Zulkifli pernah memohon lesen dalam tempoh 9 tahun, namun tidak pernah diluluskan.
Ekoran tong gas dirampas oleh MBSA dalam jam 4 petang, Khamis, Zulkifli yang berniaga di Seksyen 7 itu terpaksa meminjam tong gas di sebuah kedai berhampiran untuk menghabiskan jualannya yang tertangguh sehingga jam 7 petang.
"Kami jaga kebersihan, tak pernah tinggal barang apa pun, semua bawa balik. Kami jaga kebersihan tempat berniaga. Malah, tempat niaga kami ini kalau pelanggan datang nak beli dan parking kereta pun selamat.
"Kami dah berniaga 9 tahun, bukan kaya pun. Sekadar cukup makan, bayar sewa rumah dan belanja sekolah anak-anak saja. Bumi ini milik Allah, kita kongsi bersama-sama," katanya.
Zulkifli pada awalnya berniaga air dua balang sahaja. Bila ada modal, mereka berkemampuan membeli payung 10 x 10 dan kaki meja, untuk berniaga kuih. Bila ada keuntungan lebih, mereka beli dapur niaga untuk juga pisang goreng.
"Kami bermula dari bawah, bermodalkan RM100. Kami bukan berasal dari keluarga yang senang. Kami dari kampung, berhijrah ke bandar dengan membawa beberapa helai pakaian, satu bantal bersam-sama tiga orang adik, ayah dan mak yang sudah lama meninggal dunia," katanya.
Difahamkan, permohonan lesen berniaga Zulkifli mungkin akan diperolehi dalam masa terdekat setelah gerainya viral di media sosial. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment