"Bagi saya benda tu tak patut.." - Komen Mengejutkan Haqiem Rusli Selepas Menang
Semalam telah berlangsung nya Anugerah Juara Lagu kali ke 32 yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil.
Anugerah Juara Lagu 32 kali ini mengangkat tema "Fesyen Dan Muzik" dan telah diacarakan oleh Sherry Al Hadad dan juga Aliff Satar.
Majlis AJL32 malam tadi, telah berlangsung dengan suasana yang amat gamat dan meriah sekali.
Para peserta dilihat memberi persembahan terbaik mereka di atas pentas Juara Lagu, memang semuanya hebat-hebta belaka.
Akhirnya, lagu Jampi nyanyian Hael telah dinobatkan sebagai juara pada malam itu.
Ini keputusan penuh AJL32:
Juara - Hael
Naib Juara - Azmi Caliph Busker
Ketiga - Haqiem Rusli
Vokal Terbaik - Syamel Dan Ernie Zakrie
Persembahan Terbaik - Altimet
Anugerah Penyanyi Pilihan - Khai Bahar
Penyanyi yang berjaya merangkul tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu berjudul Tergantung Sepi, Haqiem Rusli sedikit terkilan apabila rakan-rakan seperjuangannya atau boleh digelar sebagai ‘budak budak baru nak up’ sering menjadi mangsa kecaman ramai.
Bagaimanapun, dengan kemenangannya mendapat tempat ketiga di AJL32, ianya telah sedikit sebanyak membantu menyelamatkan rakan-rakannya yang lain daripada terus dikecam.
Ini komennya:
"Saya menyelamatkan mereka sebagai penyanyi-penyanyi baru ini. Saya kecewalah bila netizen kutuk semua ni. Sebab saya back-up budak baru macam Aiman Tino, Hassad Motawh semua tu sebab mereka (netizen) tidak pandai jaga hati, kutuk-kutuk"
"Bagi saya benda tu tak patut, dan tak baguslah. Kalau lagu macam Aiman Tino tu cuba suruh orang lain nyanyi takkan sesedap Aiman Tino, begitu juga dengan yang lain-lain, sebab mereka ini unik"
"Tak semestinya nyanyi nak kena tinggi-tinggi. Tengok muzik mereka macam mana mereka sampaikan. Kalau netizen asyik kecam, bila mereka ni naik atau berjaya seperti artis-artis lama?"
Haqiem Rusly berkata demikian ketika ditemui selepas selesai AJL 32.
Apapun, tahniah buat Haqiem Rusli kerana berjaya merangkul tempat ketiga di AJL32, dan diharapkan kemenangannya ini mampu mengubah persepsi netizen terhadap penyanyi-penyanyi yang baru ‘nak up’ ini.
Mereka masih muda dan memang berbakat besar. Sepatutnya semua harus memberikan peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan seterusnya mewarnai industri muzik Malaysia.
Usahlah terus memandang enteng kepada penyanyi baru ini kerana mereka semua hebat-hebat belaka.
Sumber: RotiKaya
Blogger Comment
Facebook Comment