Ia terjadi hasil rembesan histamine oleh sistem daya tahan tubuh. Nah, hilang keupayaan bernafas akan menghalang badan terutama fungsi otak untuk bertindak normal. Umpama kabel elektrik yang diputuskan dari peti sejuk. Anda pasti boleh bayangkan, bukan?
Selepas rawatan selesai dan pesakit dibenarkan pulang, adalah menjadi tanggungjawab mutlak pesakit untuk memaklumkan kepada doktor mengenai sejarah alahan apabila mendapat rawatan di fasiliti kesihatan yang lain.Kegagalan untuk memaklumkan matlumat yang amat penting ini boleh memudaratkan rawatan yang diterima pada masa depan. Kenapa? Kerana doktor yang tidak pernah merawat pesakit tersebut tidak mungkin akan mengetahui sejarah alahan tersebut melalui luaran.
*Ibuprofen adalah antara alternatif yang boleh digunakan bagi merawat demam tetapi bukan pilihan utama kerana terdapat kesan sampingan lain yang tidak diingini seperti kepedihan perut. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda ujicuba sebarangan ubat untuk merawat diri sendiri.
Rujukan :
- Drug Allergy: Clinical Aspects, Diagnosis, Mechanisms, Structure-Activity Relationships Brian Baldo, Nghia H Pham
- http://ift.tt/1v9Ewxp
Blogger Comment
Facebook Comment