Pengesahan Jantina Sajat Dihalang Pihak Ketiga - Jakim
Kini sudah hampir sebulan isu Sajat bertemu pihak Jakim berlaku. Ramai yang tak sabar untuk mengetahui pengesahan jantina Nur Sajat.
Namun pihak JAKIM telah membuat kenyataan terbaru tentang isu ini.
Dikatakan, keputusan untuk mengetahui identiti sebenar usahawan kosmetik berkenaan mungkin mengambil masa lebih lama apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa telah ada halangan untuk meneruskan prosedur berkenaan.
Bercakap kepada mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mendedahkan prosedur itu 'diganggu' oleh orang ketiga di pihak Nur Sajat.
Ini komen Dr Izawan selaku wakil JAKIM: "Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini"
Dr Izwan berkata demikian kepada portal mStar pada petang Selasa tanpa mendedahkan siapa individu tersebut.
Pada 19 Januari lalu, Mohd Izwan dalam satu kenyataan berkata, Jakim bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi, dan dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum.
Ditanya bila prosedur tersebut 'dihalang' oleh pihak ketiga, Dr Mohd Izwan hanya berkata: "Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang."
Namun begitu, Dr Mohd Izwan berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.
Ini komennya lagi:
"Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,"
Dalam pada itu, Dr Mohd Izawan menafikan seorang pegawai wanita dari Jakim telah mengesahkan jantina sebenar Sajat, sebagaimana yang didakwa oleh seorang penulis blog menerusi penstriman video secara langsung di laman Facebook pada Selasa.
Ini komennya:
"Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,"
Sebelum ini, Dr Mohd Izwan selaku wakil dari JAKIM telah bertemu dan berjumpa dengan Sajat bersama ibu bapa nya ketika satu pertemuan di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.
Kemudian pihak JAKIM memberitahu, ianya memerlukan selama sebulan atau lebih untuk mengesahkan jantina Sajat.
Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran kritikan dan tanda tanya dari orang ramai sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti jantina Sajat.
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment