(MENGEJUTKAN) 3 Rakan Artis Dikatakan Terlibat Aniaya Datuk Farid Kamil? Siapakah?
Memang agak kecoh apabila pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang menghadapai pertuduhan berkelakuan ganas dan mengamuk di Balai Polis bulan lalu.
Menerusi satu laporan dari Malay Mail Online, melalui report polis yang dibuat Farid Kamil baru-baru ini, beliau mengatakan ia adalah angkara 'rakan' yang mencemarkan minumannya dengan bahan terlarang.
Dalam satu laporan Polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2017, beliau juga menuduh kekerasan telah dibuat ke atasnya oleh pihak Polis semasa beliau ditahan reman.
Portal Malay Mail turut melaporkan pelakon berusia 36 tahun itu menuduh 3 rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya bahan terlarang dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.
Selain itu, beliau juga melaporkan yang beliau tidak begitu waras ketika itu kerana minumannya dicemari dengan bahan terlarang itu yang diberi oleh ketiga-tiga rakan artisnya itu, sehari sebelum insiden berkenaan.
Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an dan juga seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya kerana masih dalam siasatan polis.
Selain dari minumannya, Farid juga mendakwa beliau diberikan sesuatu yang membuatkan beliau berasa khayal selepas itu.
Kemudian barulah terjadi kejadian sehinggalah beliau ditahan selepas positif penyalahgunaan bahan terlarang.
Pelakon filem Legenda Budak Setan ini juga menyuarakan tidak puas hatinya dengan layanan dari pihak Polis ketika ditahan reman, dan juga turut menamakan pegawai Polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya.
Farid Kamil juga mempersoalkan tentang tersebarnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu penahanannya.
Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya yang menyebabkan perlakuan ganasnya.
Ini komen pihak Polis:
"Beliau membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan"
Kini siasatan sedang dijalankan tentang kes yang melanda Farid Kamil ini. Pada bulan Mac nanti, Farid Kamil akan naik mahkamah untuk dibicarakan.
Semoga segalanya terungkai nanti.
Sumber: Malay Mail Online
Blogger Comment
Facebook Comment