Semalam secara tiba-tiba pengarah, penerbit, pelakon dan penyanyi Afdlin Shauki membuat satu post memberi pendapat tentang rakannya iaitu Joey.
Luahan dan komen dari Afdlin Shauki tentang Joey itu di buat di laman media sosial miliknya dan terus mendapat perhatian para followernya.
Ternyata ramai yang terkejut juga kerana secaar tiba tiba sahaja Afdlin meluahkan pendapatnya itu.
Ini komen dari Afdlin Shauki tentang Joey:
"Seorang yang sangat saya kagumi... kerjanya ikhlas tak kira berlakon atau berlawak... dan seorang yang tak malu untuk berlaku jujur pada dirinya dan kepada sekelilingnya. Gua respect lu seorang karyawan yang tak serik-serik memberi yang terbaik untuk penonton walaupun di disebalik senyumannya mempunyai banyak cerita yg menyedihkan. You are an asset to the industry brother Joey. Love you."
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan Afdlin Shauki tentang Joey. Rata-rata mengatakan Joey seorang selebriti yang serba boleh dan amat berbakat.
Bukan sahaja hebat menyanyi, Joey juga boleh berlakon dan membuat lawak.
Ini antara komen dari para netizen:
~Mohamad Fadzil Abd Hamid: "Menyanyi pun sedap. Artis rakaman luncai emas milik M. Nasir... Ko ingat M. Nasir nak amik dier jadi artis kalau suara dia biasa-biasa? Sila dengar lagu Beradu Suratan...layaaannnnn"
~Moreeza Mohamad: "Bagi saya dia ni underrated. He deserve a higher position in Malaysian entertainment industry. I like him. Very natural."
~Tumpik Angus: "Sapa ada tengok Drama PAGAR dia dengan Bell dan Kazar berlakon.. memang lawak gila nak mampos drama tu.. ssya tengok banyak kali memang macam nak bunoh diri di buat nya... kihkihkih"
~Anisah Ahmad: "Yes setuju dengan abang Afdlin Shauki... Yang paling meletop..suara dia..Perrggghhh torbaik...
~Fuka AriKashi: "Semua cerita yang dia berlakon memang best and lawak tak kering gusi dibuatnya"
~Brader Zul: "Aku kalau ada Joey dan Bell Ngasri.. memang aku follow"
Itulah antara pujian yang diberikan kepada Joey. Memang ramai yang setuju dengan kenyataan dari Afdlin Shauki ini.
Sumber: FB Afdlin Shauki
Blogger Comment
Facebook Comment