Kronologi Penuh Isu Datuk Farid Kamil Tampar Polis

 
Ini satu berita yang amat mengejutkan industri hibuiran tanah air.

Seorang pelakon yang baru dianugerahkan gelaran Datuk, ditahan selepas menampar seorang anggota polis dan menendang beberapa orang awam.

Kejadian berlaku ketika pelakon berkenaan berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara tengah hari tadi kira-kira jam 1.20 petang.

Aktor bergelar Datuk itu  telah disahkan sebagai Farid Kamil.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata ketika ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

Ini komen pihak polis:

"Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

"Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak," 

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Ini kenyataan lagi:

"Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

"Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

"Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain,"

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut

Ini kenyataan polis lagi:

"Ujian air kencing sedang dijalankan bagi menentukan sama ada dia di bawah pengaruh dadah"

Kita tunggu penjelasan dari pihak Farid Kamil pula tentang hal ini.

Sumber: BeritaHarian / Utusan
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment