"Jangan Risau Tentang Farid" - Komen Diana Danielle Tentang Keadaan Terkini Suaminya
Kes Datuk Farid Kamil memang menjadi perhatian ramai sepanjang minggu ini.
Sebenarnya banyak pihak terkejut dengan kejadian ini apatah Farid Kamil dikenali sebagai seorang yang kurang kontroversi dan seorang individu yang amat berbudi pekerti sebelum ini.
Rakan artis dan keluarga terus memberi sokongan kepada Datuk Farid Kamil dengan kata-kata semangat kepada pelakon dan pengarah popular ini.
Isteri Farid Kamil, Diana Danielle berharap, orang ramai terus mengenang suaminya itu sebagai seorang lelaki berbudi pekerti.
Kata Diana Danielle, seuaminya itu seorang lelaki yang baik dan disenangi ramai.
Pada masa sama, Diana berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan tanpa henti, ketika suaminya berdepan dugaan getir dalam hidup.
Diana Danielle juga menyarankan kepada semua pihak supaya jangan risau dengan keadaan Farid.
Ini komen Diana Danielle:
"Farid seorang yang amat disenangi. Saya berharap semua pihak akan terus mengingati beliau sebegitu.
"Apa pun, buat waktu ini, saya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut kerana mahu menyelesaikan perkara terbabit secara peribadi. Terima kasih atas sokongan semua pihak.
"Jangan risau mengenai Farid kerana beliau dikelilingi oleh mereka yang menyayangi dan memberikan sepenuh sokongan kepadanya,"
Semalam Diana Danielle turut hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi memberikan sokongan kepada Farid Kamil.
Diana Danielle kelihatan tenang sepanjang berada di mahkamah dan tidak memberi sebarang kenyataan.
Dalam prosiding semalam, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, selain berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara.
Mahkamah membenarkan Farid Kamil diikat jamin RM12,000 untuk semua pertuduhan itu dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Sumber: BH Online
Blogger Comment
Facebook Comment