Hubungan Dengan Alvin Chong, Ini Penjelasan Lanjut Emma Maembong


Pelakon Emma Maembong amat serasi dengan Alvin Chong sehingga ada yang mahu meeka bercinta terutama para peminat Emma dan juga Alvin.

Ini bermula menerusi gandingan mereka berdua dalam drama bersiri berjudul Awak Suka Saya Tak.

Ternyata lakonan mereka berdua mempunyai aura yang kuat dan amat serasi sehingga para peminat mahu melihat mereka terus bersama.

Melihat perkara ni berlaku, Emma Maembong terpanggil memberi penjelasan.

Emma Maembong memberitahu, dia menganggap keserasiannya dengan pelakon Alvin Chong ketika di dalam atau luar set penggambaran tidak melebihi sebagai kawan baik sahaja.

Pelakon jelita berumur 25 tahun ini berkata, dia amat selesa bekerjasama dengan Alvin namun langsung tiada timbul perasaan cinta ketika berada di set penggambaran.

Ini penjelasan Emma Maembong:

"Masa di set penggambaran memang kami memang kawan baik. Tiada nak sayang-sayang atau ada sesi luahan perasaan.

"Bila kita berlakon itu, nak lakukan babak lempang ke apa, jadi tak segan sebab kita kawan. Tak ada perasaan kekok. Kalau kita tangkap cinta, dah rasa malu-malu.

"Saya dah Alvin saling menyokong satu sama lain tetapi apabila orang kata suka gandingan kami ini, kira Alhamdulillah keserasian kami berjaya,"

Emma Maembong memberi respon tersebut kepada peminat yang sukakan gandingan mereka berdua.

Ada yang terlalu fanatik sehingga mahu percintaan dalam drama itu menjadi kenyataan. malah ada yang mewujudkan profil Instagram untuk berkongsi aktiviti mereka berdua.

Menurut Emma, dia mengakui setiap pelakon akan melalui saat itu apabila penonton terlalu setia dan menyokong sesebuah drama.

Baginya, perkara tersebut tidak salah namun soal percintaan tidak timbul kerana dia lebih selesa berkawan dengan Alvin.

Ini komen Emma lagi:

"Keadaan ini sama macam gandingan saya dengan Aiman Hakim. Dulu orang nak sangat saya dengan dia. Sebenarnya benda itu dah terlalu banyak kali jadi.

"Bila kita dah terlalu setia dan sokong drama itu, kita terbawa-bawa. Untuk perkara ini, saya rasa semua pelakon mesti akan lalui saat itu.

"Bukan saya je, pelakon lain yang mereka minat pun akan buat macam itu. Bagi saya tak salah, cuma soal percintaan tidak timbul.

"Saya selesa untuk berkawan sahaja. Dengan cara itu saya senang untuk bekerja dengan pelakon yang digandingkan,"

Aiman Hakim dan Emma Maembong banyak digandingkan menerusi drama sebelum ini dan kesemuanya menjadi hit.

Antaranya ialah Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa serta filem Kimchi Untuk Awak.

Sumber: mStar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment