Farahdhiya "Koyak", Mengamuk Dengan Followernya
Bekas peserta Gegar Vaganza, Farahdhiya memang kerap berkongsi update terkini tentang dirinya di laman Instagram.
Di laman IG nya jika anda follower tegar Farahdhiya, anda akan melihat begitu banyak update mengenai Farahdhiya sedang memasak.
Baru-baru ini Farahdhiya berkongsi video sedag memasak sambal ayam yang diminta oleh bapanya.
Namun begitu, Farahdhiya telah dikecam kerana menggunakan kuali yang sudah buruk untuk memasak sambal ayam itu.
Apabila dikecam kerana penggunaan kuali, nampaknya Farahdhiya kali ini telah 'koyak' dengan perangai netizen dan telah berang dengan komen negatif yang dilontarkan.
Kata Farahdhiya, dia menggunakan kuali buruk ketika memasak di rumah bukan kerana tidak mampu untuk membeli peralatan memasak itu.
Penyanyi berumur 33 tahun ini, berkata, dia selesa untuk menggunakan kuali kegemarannya biarpun mempunyai pelbagai jenis koleksi kuali lain.
Ini komennya:
"Itu kuali kegemaran saya, bukan sebab tidak boleh beli kuali lain, macam-macam kuali saya ada, u name it.
"Saya seorang pengumpul kuali tapi yang buruk ini juga kegemaran saya,"
Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin membalas komen natizen yang menegur tentang kuali yang digunakan ketika memasak.
Menerusi video memasak berdurasi satu minit itu, Farah menunjukkan aksi memasak Ayam Sambal atas permintaan bapanya untuk hidangan makan malam.
Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu menambah, dia tiada masalah untuk menggunakan kuali buruk setiap kali memasak untuk keluarga.
Ini komennya lagi:
"Kuali buruk tidak melambang apa-apa, yang penting dapur berasap, jangan hanya pandai menilai.
"Jika tidak suka pakai kuali buruk itu adalah masalah awak. Pelik betul manusia macam awak ni, kuali orang pun nak sibuk,"
Itulah respon balas Farahdhiya yang ternyata berang dengan isu terbabit. Hmm pasal kuali pun boleh jadi isu.
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment