Datuk Adi Putra Selamat Bernikah Semalam.. TAHNIAH!
Pelakon Datuk Adi Putra selamat melangsungkan pernikahan semalam.
Adi Putra telah berkahwin semula dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof pada Khamis.
Berita itu dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.
Nurul Hidayah turut memuat naik foto Adi Putra sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis caption mengucapkan tahniah buat pasangan itu.
Ini tulis Nurul:
"Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15... Bangga dengan kamu. Selamat pengantin baharu... eh... lama... Baharu... Ehh"
Nurul kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah berasa gembira dengan berita tersebut.
Rata-rata para follower Adi di laman sosialnya turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh pasangan ini berkekalan sehingga akhir hayat.
Sementara itu, di laman sosial Adi Putra, pelakon ini telahpun memuat naik foto bersama isterinya itu dengan membuat sign love.
Ini tulis Adi Putra:
"18.1.18 CONTINUITY OF 12 YEARS. Syukur Pada Allah dan trima kasih pada yg hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15 Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen"
Untuk pengetahuan, Adi Putra dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Zara Adelia yang kini telahpun berumur enam tahun.
Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi seorang wanita bernama Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016.
Bagaimanapun, Adi Putra membuat kejutan apabila menyatakan menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.
Apapun, semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan dan bahagia selalu.
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment