"Tengah ambil mood, jangan kacau saya.." - Siti Saleha
Siti Saleha merupakan pelakon popular yang sering membawa pelbagai watak dalam drama.
Dalam lakonan terbarunya menerusi draam bersiri berjudul Mandatori, Siti Saleha sekali lagi diuji kerana melakonkan babak yang melibatkan emosi.
Untuk mendapatkan mood dan juga penghayatan, Siti Saleha mengatakan dia perlu bersendirian agar dapat memastikan dirinya menjiwai watak yang diberikan itu dengan baik.
Oleh itu, Siti Saleha tidak mahu diganggu ketika itu kerana bukan senang untuk ambil mood.
Dia akan memastikan tiada siapa pun menggangunya ketika itu
Ini penjelasannya:
"Kalau lakonan seperti biasa tidak mempunyai masalah cuma jika ada babak yang perlu bermain dengan emosi seperti sedih atau menagis saya perlu ambil masa.
"Selalunya saya akan bersendirian dan mengambil ‘mood’ sebelum memasuki set penggambaran.
"Untuk mendapatkan ‘mood’ itu bukan senang, saya tidak boleh orang kacau sebab itu saya pesan siap-siap kepada pengurus peribadi saya.
"Bukan apa, kadang-kadang dia akan datang dan bertanya sama ada saya okay atau perlukan apa-apa untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
"Jadi saya kata pada dia, jangan kacau. Saya tengah ambil ‘mood’ untuk jiwai watak"
Tambah Siti Saleha yang jug adik kepada Sam Bunkface ini lagi, dia memang mementingkan kualiti lakonan supaya penonton dapat merasai apa yang ingin disampaikan oleh karakter tersebut.
Ini komen Siti Saleha dengan tegas:
"Kalau perkara yang melibatkan lakonan, saya memang agak tegas. Sebab saya tidak mahu hanya sekadar belakon sahaja.
"Saya mahukan penonton juga turut sama merasai perasaan dan emosi karakter yang saya bawakan,"
Selain Siti Saleha, pelakon lain yang turut terlibat dalam drama bersiri Mandatori adalah Aeril Zafrel, Iedil Putra dan Amerul Affendi dan ditayangkan di Astro First.
Kepada peminat Siti Saleha, kalian boleh menonton drama menarik ini dengan membelinya di Astro First. -BeritaMemey
Sumber: Astro Gempak
Blogger Comment
Facebook Comment