Perubahan Ketara Datuk Hans Isaac Selepas Putus Tunang... Terlalu Patah Hati

 
Beberapa bulan yang lalu, Datuk Hans Isaac telah mengumumkan bahawa pertunangannya dengan Gabriella Robinson telah putus.

Ini memang satu keputusan yang amat mengejutkan orang ramai yang ternanti-nanti perkahwinan "Wedding Of The Year" antara Hans Isaac dan juga Gabriella.

Penerbit filem dan pelakon terkenal itu tidak mahu memikirkan lagi soal mencari pengganti selepas putus tunang dengan bekas cantik itu.


Kini memang ketara ada perubahan yang berlaku kepada Hans Isaac selepas putus tunang.

Ternyata dia amat patah hati dan kini lebih gemar bercuti di luar negara untuk mengubat hati yang sedang berduka.

Hans Isaac yang kini sudah berumur 46 tahun berkata tumpuannya kini hanya fokus untuk kerjaya dan soal jodoh diketepikan buat seketika.


Ini pendedahan dari Datuk Hans Isaac sendiri:

"Hanya keluarga dan kawan-kawan sahaja yang tahu betapa patahnya hati saya selepas putus tunang. Memang sukar menerima hakikat itu, tetapi saya kena teruskan juga kehidupan. Disebabkan itu, saya lebih suka pergi bercuti ke luar negara.

"Saya memang tidak mahu jumpa orang dan seboleh mungkin enggan berada di ibu negara. Pintu hati saya sudah tertutup buat masa ini untuk mencari pengganti,"

Sambil bercuti di luar negara, Hans Isaac bukan sekadar pergi secara kosong, dia juga mahu mengambil kesempatan untuk menimba ilmu.

Pelakon filem Buli dan J Revolusi itu juga dalam perancangan untuk ke London, United Kingdom, April tahun depan untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang teater.


Ini jelasnya:

"Selama ini, saya asyik fikir pasal orang. Lakukan semua benda hanya untuk memuaskan hati orang lain dan bukannya kepuasan diri.

"Saya sudah penat menggembirakan hati orang lain gembira. Selepas ini, saya mahu ke London untuk mengikuti kursus jangka pendek teater di sana.

"Cita-cita saya untuk mementaskan teater tempatan di panggung berprestij, West End.

"Mungkin dengan mengikuti kursus ini saya mampu memberi anjakan paradigma kepada pementasan teater tempatan, sekali gus merealisasikan hajat saya itu," 

Hans Isaac sebelum ini sering bercuti di beberapa tempat seperti Bali, Koh Lipe selepas putus tunang.

Namun Hans memberitahu, dia tetap menyambut sambutan hari Krismas yang akan datang di Malaysia bersama keluarga tersayang.

Berita Memey ucapkan semoga Datuk Hans Isaac bahagia dengan kehidupannya.

Sumber: BH
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment