"Doakan Isteri Saya..." - Isteri Lan Solo Dikejarkan Ke Hospital Semalam

 
Isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim, telah dikejarkan ke hospital semalam.

Setibanya di hospital, doktor telah menahan isteri Lan ke dalam wad selepas air ketubannya disahkan telah tumpah pada 27 minggu kandungan.

Doktor kini sedang memantau dan memberi rawatan kepada isterinya supaya kandungan tidak mengalamai sebarang jangkitan kuman.

Lan yang merupakan bekas vokalis kumpulan rock Kristal berkata, sehingga hari ini isterinya masih bawah pemerhatian doktor untuk memantau keadaannya dan juga kandungannya.

Penyanyi yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4), telah memohon agar peminatnya mendoakan isteri dan bayi didalam kandungan supaya selamat.

Ini komen Lan Solo:

"Sekarang masih dalam pemerhatian. Air ketuban mengalami kebocoran. Insya-Allah semuanya akan baik.

"Minta doa yang baik-baik saja ya,"

Lan Solo juga telah memuatnaik gambar isteri di dalam hospital di laman media sosial Instagram miliknya semalam.

Ini captionnya:

Ok.. makyong pulak direhatkan di sini.. doakan makyong. puan manager, puan @sheilarazlan dan baby dalam keadaan baik ye.. Aaamiiinnn! . . #27minggu #leaking #doauntukmummydanbaby

Menerusi kapsyen foto tersebut, isterinya yang sedang hamil 27 minggu terpaksa berehat di hospital.

Rata-rata para peminatnya di laman sosial Lan, mendoakan isteri dan bayi keempat mereka dalam keadaan sihat dan harap semuanya dipermudahkan.

Sebelum ini Lan juga dirawat di hospital iaitu sehari sebelum berlangsungnya GV4 akibat penyakit buasir yang kembali berulang.

Doktor sebenarnya menyarakan Lan supaya menjalani pembedahan untuk buasir itu namun bagaimanapun ianya terpaksa ditangguhkan demi komitmen terhadap pertandingan GV4.

Untuk pengetahuan, Lan Solo dan Sheila telah berkahwin pada 6 Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Semoga isteri Lan baik-baik sahaja. Diharapkan anak di dalam kandungan juga dalam keadaan sihat.

Kami dari Berita memey mendoakan supaya segala urusan Lan Solo sekeluarga dipermudahkan. - BeritaMemey.

Sumber: mStar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment