Pelakon Popular Hamilkan Kekasih.. Jom Baca Pendedahan Wanita Berkenaan



Ini satu kisah yang agak mengejutkan dan penuh kontroversi tentang seorang pelakon lelaki popular tanah air.

Seorang wanita yang merupakan bekas kekasihnya, telah membuka mulut dan membuat pendedahan mengejutkan bahawa pelakon ini telah menghamilkannya.

Waniat itu menegaskan bahawa pelakon ini merupakan bapa kepada anak yang dilahirkannya.

Namun, pelakon lelaki ini yang bersikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab selepas menghamilkan seorang wanita sehingga melahirkan seorang zuriat.

Wanita tersebut ternyata kecewa apabila pelakon berkenaan bertindak melarikan diri dan enggan bertanggungjawab dengan perkara yang berlaku.

Oleh kerana gagal menghubungi pelakon itu, wanita ini akhirnya terpaksa mencari pihak media untuk mendedahkan hal ini supaya pelakon itu bertanggungjawab dengan perbuatannya.


Ini pendedahan dari wanita yang berumur 20an itu:


BERCINTA 4 TAHUN LEPAS


Wanita ini mendedahkan dia dan pelakon itu mula bercinta pada 4 tahun yang lalu namun telah terputus.

Ini komennya:

"Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini.

AJAK TIDUR DI PD


Pelakon berkenaan telah merancangan untuk tidur bersama wanita itu di Port Dickson. Rancangan itu kemudian berjalan dan dilaksanakan.

"Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur,"

CUBA BERITAHU

Wanita itu ada menghubunginya memberitahu dia telah hamil anak pelakon itu. Setelah mengetahui hal itu, pelakon berkenaan telah block dan terus menghilang.

"Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

MAHU BUAT DNA


Untuk memastikan bahawa pelakon itu bapa kepad anaknya, wanita ini mahu membuat ujian DNA.

"Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan,"

MAHU LELAKI ITU BERTANGGUNGJAWAB

Wanita berkenaan berkata, pelakon itu sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungan itu sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.


Ini komennya:

"Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia.

"Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

"Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu,"

JAGA ANAK DENGAN BAIK

tentang anak, wanita tersebut berkata, dia sudah menguruskan pendaftaran bayi berkenaan dan akan menjaga anak tersebut dengan baik.

"Saya akan jaga sendiri anak ini walau dalam keadaan saya susah sekalipun. Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu,"

Sehubungan itu wanita tersebut merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai ini menghubunginya segera untuk menyelesaikan kes mereka dengan baik.

Ini antara perbualan whatsapp


Persoalannya, siapakah pelakon popular ini? Jeng jeng jeng..


Sumber: mStar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment