Juri Tampil Beri Respon Balas, Kenapa Lagu 'MATA' Nyanyian Ayda Jebat Gagal Layak Ke AJL32

 
Agak kecoh beberapa hari ini tentang luahan rasa tak puas hati Ayda Jebat ekoran kegagalan lagu Mata nyanyian nya ke pentas akhir, Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL).

Memang jelas Ayda Jebat dan para peminatnya amat kecewa dengan keputusan para juri.

Ayda Jebat secara terbuka meluahkan perasaannya ketika berbalas komen dengan para follower di laman Instagram.

Akhirnya setelah isu ini menjadi viral dan tersebar meluas, pihak juri yang mengadili separuh akhir Muzik-Muzik tampil memberi respon balas kepada Ayda Jebat.

Ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail memberitahu punca sebenar lagu Mata ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda itu tidak dipilih.

Lagu nyanyian Ayda Jebat itu gagal layak kerana melodi dan hala tuju lagu tidak begitu kuat.

Ini penjelasannya:

"Saya bersama lima lagi juri profesional lain mencapai kata sepakat tidak memilih lagu itu kerana kekuatan melodi yang belum layak untuk dipertandingkan di AJL.

"Kami tidak menganggap Mata tak bagus, cuma kekuatan melodinya saja tidak kuat seperti 12 lagu yang dipilih daripada pelbagai genre muzik"


"Saya tahu lagu itu popular dalam kalangan peminat Ayda dan pendengar muzik tanah air. Bagaimanapun, ia masih tidak kuat untuk dipertandingkan di AJL.

Mokhzani berkata, penilaian dibuat merangkumi beberapa aspek iaiatu:
 -40 peratus melodi
 -20 peratus lirik
 -20 peratus penerimaan khalayak dan pendengar
 -20 peratus lagi menerusi persembahan.

Ditanya apakah genre muzik baru seperti EDM yang diketengahkan Ayda masih memerlukan masa untuk diterima industri muzik tempatan, Mokhzani menolak dakwaan itu.

Ini komen Mokhzani:

"Kemunculam genre muzik EDM juga pada saya satu perkembangan baru dalam industri muzik tanah air dan ia diterima baik peminat,"

Mokhzani berkata, sesuatu lagu itu layak bertanding di pentas AJL berdasarkan kekuatan melodi lagu termasuk hala tujunya.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 32 Nurul Huda Khalid berkata, semua keputusan pemilihan lagu yang layak ke AJL32 dibuat 100 peratus juri profesional yang diketuai Mokhzani.

Penerbit ini memberitahu, pihak penerbtan tidak masuk campur urusan pemilihan lagu.

Ini komennya:

"Tidak ada campur tangan langsung daripada kami di bahagian penerbitan.

"Ia 100 peratus telus daripada juri profesional dan turut diaudit juruaudit dalaman TV3

Nurul Huda berkata, dia dan pihak produksi hanya mengendalikan penerbitan program dan urusan persembahan.

Sebelum ini, Ayda Jebat akui kecewa kerana ini kali ketiga dia mencuba nasib mempertaruhkan lagunya untuk berentap di pentas AJL.


Ini komen Ayda Jebat:

"Isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Saya sekadar meluahkan perasaan kecewa termasuk ingin tahu kriteria pemilihan sesuatu lagu itu untuk melayakkannya bertanding di AJL.

"Sebagai penyanyi, saya hanya ingin tahu adakah lagu tidak layak disebabkan melodi tidak kuat atau penulisan lirik yang lemah. Jika betul, saya boleh perbaiki kelemahan itu pada masa akan datang"

Ayda Jebat memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk mempertikaikan keputusan juri, dia hanya cuma inginkan penjelasan sahaja.


Semoga dengan penjelasan Datuk Mokhzani Ismail ini, dapatlah diterima oleh Ayda Jebat.

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment