"Baguslah Dia Dengan Fazura Kahwin.." - Kata Bekas Kekasih Fattah Amin, Sherry Ibrahim



Bintang Paling Popular tahun ini, Fattah Amin dan pelakon filem popular, Fazura telah menjadi tumpuan para peminat industri hiburan tanah air.

Ini ekoran tersebarnya berita dan gosip yang mengatakan pasangan ini telahpun bertunang atau telah bernikah beberapa hari yang lalu sebelum berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah bersama.

Turut terbang ke Umrah bersama pasangan ini ialah kedua-dua ahli keluarga Fattah Amin dan juga Fazura.

Ini sekaligus menguatkan spekulasi bahawa pasangan ini akan bernikah di Mekah ketika mengerjakan umrah.

Oleh kerana spekulasi yang timbul, Fattah Amin dan Fazura telahpun berjanji akan menjelaskannya dalam sidang akhbar yang akan diadakah selepas mereka pulang dari Mekah nanti pada 23 November.

Apabila berita ini tersebar, wartawan Harian Metro telah mendapatkan respon dari seseorang yang pernah rapat dengan Fattah sebelum ini,

Bekas kekasih Fattah Amin, pelakon jelita Sherry Ibrahim melahirkan rasa tumpang gembira jika benar Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang.


Ini reaksi Sherry Ibrahim:

"Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik.

"Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing.

"Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia"

Selain itu, Sherry Ibrahim juga lega kerana tiada pihak membanding Fazura dengannya dan juga lega kerana tiada yang bertanya mengenai status hubungan Fattah dan Fazura kepadanya.


Ini jelas Sherry Ibrahim:

"Memang tiada siapa yang menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan mengenai kesahihan cerita yang tersebar kecuali ada yang beritahu mereka sudah bertunang.

"Sebagai wanita yang pernah rapat dengan Fattah, saya lega apabila tiada pihak membandingkan saya dengan mana-mana wanita yang dikaitkan dengannya selepas saya.

"Saya tiada masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Jika ada yang bertanya, saya anggap ia hanya sekadar pendapat dan saya mendoakan yang terbaik buatnya,"

Itulah respon dari Sherry Ibrahim tentang gosip hangat yang sedang melanda Fattah Amin.

Sherry Ibrahim dan Fattah Amin pernah bercinta sebelum ini setelah terbabit dalam sebuah drama bersama. Namun hubungan mereka tidak kekal lama.

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment