RM 1 Juta Untuk Wak Doyok Cukur Misai
Wak Doyok memang sangat sinonim dengan gaya misai lentiknya dan ianya seperti trademark selebriti popular ini.
Malah ada pendedahan mengatakan Wak Doyok sanggup menolak tawaran RM1 juta semata-mata untuk mengekalkan imejnya itu.
Wak Doyok akhirnya akui ada menerima tawaran berkenaan dan tampil memberi kenyataan.
Dia memberitahu tawaran tersebut merupakan projek kerja amal yang memerlukan dia membuang misai dan jambangnya.
Walaubagaimanapun dia tidak pernah terfikir untuk mencukur wajahnya kerana itu adalah simbolik identiti dirinya walaupun projek tersebut ada tujuan murni.
Malah, dia turut akan menolak tawaran belakon sekirannya perlu bertindak perkara yang sama.
Ini komen Wak Doyok:
“Pernah sebelum ini ada pihak tawarkan saya RM1 juta untuk berbuat demikian tetapi saya tolak… tak sanggup!”
“Jika ada tawaran memerlukan saya mencukur jambang dan misai, saya tidak akan terima dan anggap ia bukan rezeki saya,”
Wak yang kini sudah mula bergelar pelakon sejak membintangi Abang Long Fadil 2 berterus terang, bila bercerita tentang dunia lakonan dia tidak kisah mengenai bayaran atau tawaran selagi tawaran tersebut masih kena dengan dirinya.
Kami faham, tanpa misai dan jambang bukanlah Wak Doyok namanya! Apapun selamat maju jaya buat Wak dalam industri hiburan dan semoga sukses selalu.
Blogger Comment
Facebook Comment