(PANAS) Dato Red Kantoi Lagi, Merenyam Dengan Seorang Pelakon Sabah, Kena Marah Dengan Adira

(PANAS) Dato Red Kantoi Lagi, Merenyam Dengan Seorang Pelakon Sabah 



Siapa yang tak kenal dengan Dato red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu.

Dato Red merupakan suami penyanyi popular Adira dan terkenal dengan sikap peramah dan suka melayan wanita.

Sebelum ini Dato Red pernah menjadi tumpuan media apabila keluar dengan pelakon sedang meningkat naik iaitu Ruhainies.

Kini yang terbaru, Dato Red kantoi apabila berkawan rapat dengan seorang pelakon dari Sabah.

Suami Adira ini telah mengesahkan kebenaran gosip bahawa dia kini sedang rapat dengan seorang pelakon wanita bernama "N".

Dikatakan hubungan tersebut terjalin sejak beberapa bulan lalu, namun kini ianya sudah berakhir setelah 'kantoi' dengan Adira.

Ini penjelasan Dato Red:

"Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia.

"Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti,"


Dato Red berkata, dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga atau mengambil wanita berkenaan sebagai isteri sebaliknya sekadar berkawan sahaja.

Dato Red yang juga usahawan hartanah telah bernikah secara mengejut dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac lepas.

Datuk Red mempunyai isteri pertama yang dikenali sebagai Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: mStar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment