Luahan Hati Joy Revfa
Hari ini Joy Revfa telah menulis nukilan hati yang terbuku.
Luahan tersebut ditulis di laman sosial Instagram miliknya petang tadi.
Ternyata Joy menulis meluahkan rasa isi hatinya.
Ini nukilan hati Joy:
Jika telah terjadi akad pernikahan dengan syariat berpaksikan Allah swt yg suci, lelaki dianggap suami yang terakhir untuk seorang wanita. Dan disaat itulah, si isteri menyerahkan segala2nya jiwa raga utk sang suami. Betapa semua wanita bercita-cita ingin menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga nanti. .
Seorang isteri tetap akan bersama suami tak kisah lah suami ada masalah kewangan, masalah layanan/batin mahupun apa segala jenis masalah, seorang isteri sanggup berkorban & harungi bersama. Namun mengapa kelemahan yg ada pd lelaki itu tidak mahu diakui malahan menjadikan isterinya itu teraniaya dlm segala hal..? kenapa pergi menjauh..? Adilkah begitu..? wajarkah si isteri hanya berdiam diri sedangkan isteri lah yg tidak henti2 memberi semangat & sokongan waima si isteri tahu kelemahan & keaiban sebenar suaminya itu.. Memegang prinsip dan tggjwb sbg isteri dlm melindungi setiap perkara dlm rumahtangganya,isteri sanggup menerima ketidaksempurnaan itu.
Namun, pengakhirannya isteri yg sanggup berkorban dan setia utk masuk ke syurga Allah bersama suami, dipunahkan dengan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai2 sendirian.. Ibarat nakhoda membiarkan anak kapal2nya hanyut dan mati di tengah lautan sedangkan anak kapal itu begitu taat setia kpd nakhodanya. Nilaikan dimanakah penghargaan & pengorbanan seorang isteri dimata hati suami..? .
"Sesungguhnya tangan wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia..."
Nukilan hati,
-Joy Revfa-
Blogger Comment
Facebook Comment