"Buka Aib Sendiri, Suami Ingin Raih Publisiti Murahan..." - Komen Adira Tentang Dato Red
Semalam satu lagi kontroversi melanda suami Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dengan nama Dato Red.
Baca kisah kontroversi terbaru Dato Red (DISINI)
Adira kini tampil memberi komen tentang hal itu apabila malas ambil peduli isu tersebut dan sebaliknya lebih fokus untuk membesarkan anak perempuannya, Anggrek, yang kini berusia enam bulan.
Ini komennya: (BeritaHarian)
"Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal yang membabitkan suami saya. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi (terbaru) ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan sendiri.
"Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri?
"Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja,"
Dato Red akui menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon baru dikenali sebagai "N" dan berasal dari Sabah.
Walaubagaimanapun, hubungan mereka berakhir apabila Adira mengetahui hal tersebut.
Sumber: BH
Blogger Comment
Facebook Comment