Tanda harga mengelirukan, pemilik gerai Bihun Sup Berapi dikompaun


KEPALA BATAS, PULAU PINANG - Pemilik gerai Bihun Sup Berapi yang didakwa menggenakan harga makanan yang mahal kepada pelanggan baru-baru ini, dikenakan kompaun serta diberi notis agar mematuhi peraturan meletakkan tanda harga, lapor Harian Metro

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Prai Utara (SPU) Zalina Aziz berkata, pihaknya membuat pemeriksaan di gerai tersebut pada jam 3.30 petang Rabu lalu, selepas meneliti aduan pelanggan, Aswan Wanchik, yang viral di media sosial, Selasa lalu. 

Ketika pemeriksaan, pihaknya mendapati ada tanda harga yang diletakkan. Namun tanda harga itu agak mengelirukan, lalu mengeluarkan notis kepada pemilik gerai tersebut. 

"Memang ada tertera tanda harga bihun sup antara RM5 hingga RM30 semangkuk tetapi ia boleh mengelirukan pelanggan.

"Jadi kami mengeluarkan notis kepada pemilik gerai terbabit memintanya mematuhi peraturan meletakkan tanda harga agar tidak mengelirukan pelanggan dengan menyatakan harga bihun sup bagi saiz mangkuk yang berbeza," katanya memetik laporan dari Harian Metro semalam. 

Pemilik gerai terbabit juga turut dikenakan kompaun selain dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Semalam, The Reporter melaporkan, Aswan Wanchik kesal dengan tindakan pemilik gerai tersebut yang telah menuduhnya cuba menipu dan memburukan imej gerai mereka. 

"Kami order air teh o ais hanya dua gelas dan air kosong dua gelas. Tetapi dia beri kenyataan dalam akhbar, kami berbohong. Malah dia kata kami order lima gelas teh o ais. Bermakna dia dah mencuri duit kami secara jahat sebanyak tiga gelas air teh o ais. 

"Dia kata bihun supnya berharga RM5 hingga RM30. Untuk pengetahuan semua, kami hanya order bihun sup biasa. Sudah semestinya ia berharga RM5 sahaja. Di sini peniaga dah mencuri duit kami secara jahat, RM17," tulisnya di Facebook pada 12 Julai lalu. 

Ekoran itu, Aswan telah membuat aduan secara rasmi di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang, jam 3 petang semalam. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment