Jika anda mempunyai masalah kucing gemar membuang najisnya di halaman rumah, mungkin anda boleh cuba tips dari Osman Affan ini. Dengan hanya membeli Cat Repellent berharga RM6 ini, masalah bau najis kucing di hadapan rumahnya selesai.
Sejak tujuh tahun lalu, saya dan puan isteri menghadapi masalah bau najis kucing setiap pagi, malah sepanjang hari. Entah kenapa kucing-kucing liar suka sangat melepaskan hajatnya di kawasan yang saya tandakan merah dalam gambar itu.
Sudah banyak petua yang kami cuba seperti menyiram minyak gas, mencurahkan klorox, membeli gel khas daripada kedai kucing, menyembur Febreez, menabur garam, sumpit kucing dan bermacam-macam caralah.
Sayang semuanya tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas terjumpa benda alah ini di Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan di lokasi biasa itu.
Pelik tapi Alhamdulillah. Sudah empat hari, langsung tiada kucing yang berani melepaskan hajat mereka di lokasi-lokasi itu.
Benda itu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah empat hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan.
Hihi, macam ejen penjual produk Daiso pula rasanya. Tetapi kalau ada mana-mana sahabat yang menghadapi masalah seperti saya dan belum menemui solusinya, mungkin boleh cuba.
Blogger Comment
Facebook Comment