'Sebenarnya dia lelaki yang baik, tak lupa tanggungjawab (nafkah) walaupun sudah bercerai'


"Saya minta maaf, saya telah memilih jalan yang salah dan mengaibkan bekas suami," demikian tulis Nurain Abdullah, yang video dirinya menangkap bekas suaminya berlaku curang sehingga diceraikan pada masa yang sama, viral di media sosial.

Dalam luahan terdahulu, Nurain mendedahkan perkahwinan berusia 10 tahun itu telah dikhianati. Namun baru bulan lepas dia berjaya menangkap lelaki itu berlaku curang. Meskipun sudah bercerai, Nurain mengakui dia buntu dan tidak tahu apa langkah seterusnya selepas hilang tempat bergantung. 

Namun jam 2.42 pagi Rabu, dia memuat naik status permohonan maafnya kepada netizen dan difahamkan telah menarik balik video yang dimuat naik sebelum ini. 

Assalamualaikum semua. Di sini saya minta maaf yang sebesar-besarnya kerana saya telah memilih jalan yang salah. Saya telah membuka aib bekas suami saya dan saya sendiri.

Di sini saya nak beritahu yang mana, walaupun saya dan bekas suami saya telah bercerai, tetapi dia tidak melupakan tanggungjawab dia untuk menafkahi anak-anak saya. Bahkan saya pun masih dia berikan nafkah.

Sebenarnya dia lelaki yang baik. Selama kami berumahtangga, dia tidak pernah berkasar apatah lagi memukul saya. Keburukan dia hanya tak boleh setia pada saya. 

Saya telah khilaf, telah mengaibkan dia. Saya aibkan dia kerana saya masih belum menerima kenyataan yang saya sudah diceraikan. Saya harap semua sudi viralkan mesej saya ini untuk membersihkan nama dia. 

Sebenarnya semua ini bukan salah dia, tetapi ada salah saya juga dan kami telah berbaik walaupun telah bercerai. Saya harap semua berhenti memviralkan video yang saya post sebelum ini demi anak-anak saya. Saya minta maaf yang sebesar-besarnya kerana tersalah langkah. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengandaikan Nurain berkemungkinan mahu merujuk semula dengan bekas suaminya itu. Walau apa pun alasannya, doakan urusan Nurain dipermudahkan. Semoga mereka menemui jalan penyelesaian.

Berita berkaitan:
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment