Semoga menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana dan kita semua.
Mohon bantu saya, sama-sama berdoa (Jumaat yang berkat).
Kembali cerialah sayangku. Rindunya mama nak, semoga cepat sembuh. Suhu badan naik mendadak dari 38', 39', 40.2'. Saya nak kongsi apa yang kita patut buat dan elakkan.
Sesiapa yang merokok, sila keluar dari rumah. Cuci tangan dan mulut selepas merokok dan jauhkan diri dari orang yang sakit. Jangan sesekali cium baby sampai air liur itu pun ada melekat di pipi baby la, apa la. Jangan ciumlah kalau boleh.
Selain itu:
- Minyak wangi di baju juga punca baby terkena jangkitan kuman.
- Bila ada keluarga yang demam di rumah, tolong pakaikan face mask.
- Bila anak demam, mandikan. Bukan dibalut lagi dengan selimut kerana bimbang anak boleh terkena sawan.
Antar perbualan saya dengan doktor yang merawat anak saya:
"Tapi doktor, suami saya tak merokok dalam rumah," kata saya.
"Walaupun di balkoni rumah, luar pagar rumah dan sebagainya, ia tetap boleh berlaku. Ini bukan saja disebabkan rokok, tetapi sentuhan, jangkitan, terkena peluh, tak cuci tangan selepas merokok, persekitaran ramai, keluar jalan-jalan dan sebagai.
"Pemakanan, mungkin anak puan ada makan kuih raya. Masa raya itu, mungkin ada orang yang tidak sihat, tempat tidak bersih sebagainya membuatkan bayi puan sakit," jelas doktor.
Doakan kesembuhan anak saya ditahan di wad Hospital Likas ini. Sebab itu saya tak bagi orang cium dia kalau anda sakit. Jangan kata saya sombong, ini demi keselamatan anak saya. Yang merokok itu pergilah jauh-jauh, sejauh yang boleh.
Semoga menjadi pengajaran buat saya dan suami, buat keluarga dan kita semua.
Semoga menjadi pengajaran buat saya dan suami, buat keluarga dan kita semua.
Sumber: Rasfioera Love
Blogger Comment
Facebook Comment