"Sakit Buah Pinggang? Sebenarnya Kau Sakit Otak"

"Sakit Buah Pinggang? Sebenarnya Kau Sakit Otak"



Nampaknya kisah tentang bekasJuara Akademi Fantasia iaitu Sufi masih lagi menajdi tumpuan.

Kali ini ianya melibatkan bekas suami kepada ibu Sufi pula yang membuat pendedahan.

Bekas suami kepada ibu penyanyi Sufi Rashid iaitu Arif Dollah mendakwa bekas isterinya, Irma Suriana Mahamud telah menipu kononnya dia sakit.

Irma dikatakan menipu dengan memberitahu sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga.

Arif Dollah memberitahu bahawa bekas isterinya, Irma Suriana Mahamud cuba untuk menagih simpati orang ramai mengenai isu perbalahan bersama Sufi dengan menipu dirinya sakit buah pinggang.

Arif Dollah yang menyangkal kenyataan Irma itu telah meninggalkan komen pada artikel yang telah dimuat naik oleh sebuah portal hiburan, mStar Online.

Arif menulis komen tersebut selepas bekas isterinya cuba meraih simpati dengan memberi kenyataan kepada portal berkenaan yang dia kini sedang mempunyai masalah buah pinggang.

Ini komen panas dari Atrif Dollah:


Ada mengatakan, Irma cuba sembunyikan penyakitnya demi kebahagiaan anaknya itu.

Sebelum ini, ibu Sufi iaitu Irma ada meluahkan rasa kecewa terhadap anaknya kerana tidak dilayan dengan baik.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment