Siapa disini mengalami masalah dengan jerawat yang degil. Degil tumbuh ditempat yang sama, seperti itu dah menjadi posisi kegemarannya. Kalau diikutkan anda tidak pernah skip mana-mana rutin mencuci, tapi kalau bila datang haid (seperti biasa) pasti tempat yang sama jerawat itu tumbuh. Belum sempat parut yang dahulu hilang, datang pula yang baru. Ranum lagi segar pula tu… Pernah sampai bengkak kulit dibahagian jerawat yang bermasalah itu.
Apa sebab sebenar jerawat suka tumbuh ditempat yang sama? Jika anda turut tertanya-tanya tentang perkara yang sama, Wanista jelaskan masalah ini dengan ringkas dan padat…
Picit Jerawat
Sikap suka memicit jerawat atau bintik putih membawa kerosakan pada kulit. Memang anda dapat mengeluarkan jerawat, namum secara tidak sedar lapisan kulit meninggalkan kesan luka dan iritasi. Iritasi ini lah punca jerawat kembali tumbuh ditempat yang sama. Jadi tukar tabiat memicit jerawat itu dengan merawat jerawat menggunakan produk yang sesuai seperti produk yang mengandungi benzoyl peroxide yang boleh membunuh bakteria penyebab jerawat.
Suka menyentuh muka
Jari dan tangan anda yang kotor yang menyentuh kulit secara tidak langsung telah membiarkan bakteria merebak di sekitar kulit yang terdedah. Sama seperti dengan suka memicit jerawat, memicit jerawat menggunakan kuku dan jari penyebab jerawat tumbuh semakin teruk.
Sentiasa pastikan untuk tidak menyentuh muka dan juga bersihkan tangan dan kuku untuk mengelak dari dijangkiti bakteria.
Selepas ini, sila hentikan dua perkara ini untuk jerawat hilang serta merta dan tidak tumbuh di tempat yang sama!
Sumber : wanista.com
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment